Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Feb 7, 2017

Bergaduh dengan Staff

Semalam kelam kabut uolls. Malam dinner tu kitorang ada bagi New Color Lip Matte by Seqy kat semua agen and stokis. So semalam semua agen dah tak sabar nak order color baru ni. Stokis pulak apa lagi, sorang-sorang tanya bila boleh order bila boleh order. Hahaha! Kitorang ni tak habis penat pasal dinner lagi kan.

Pastu cam mencari kekuatan jap duk bertenang. Sekali eh eh eh terfikir barang dari China ni mana tak sampai-sampai. Terus Lina call warehouse, pastu syukur sangat lah dah sampai. Kitorang tak boleh tunggu dorang hantar dah. Kitorang pegi sana ambik. Huhu!

So semalam memang kelam kabut dengan nak ambik barang berat nak mampus. Patah pinggang Lina and Fieya, haha! Aku tukang tengok je, boleh?

Pastu petang Qery balik terus meeting sampai kesudah. Itupun aku bagi hint dah pukul 5 petang, nak balik oiii nak balik. Haha!

Masa meeting tu ko tak tau, kitorang bergaduh sakan. Yang Qery nak macam ni, yang aku nak macam ni, yang Lina nak macam ni. Yang Fieya macam ni. Terpekik-pekik kitorang tepuk meja memasing nak menang, hahaha!

Itupun nasib baiklah meja berat, kalau tak aku rasa dah terbalik meja tu. Gaduh pun gaduh la, gaduh untuk kebaikkan team Seqy. Kitorang nak yang terbaik untuk semua. Nak sama adil untuk semua orang. Sebelum bergaduh tu Lina siap pesan, kita gaduh takat pekik-pekik je kan, takde sampai tumbuk tumbuk tu okay lah. Hahahaha!

Itu baru berapa ketul staff tu. Aku rasa kalau dah puluh-puluh staff tak tau apa jadi. Mungkin paling-paling pun tayar kereta bos je pancit. hahaha!

Jadi harini giat lah memasing, sebab dah tau nak buat apa, dari pagi gigih siapkan order stokis. Harini gak aku nak buat live update kat facebook untuk tunjuk color baru Seqy Matte Lip Cream. Lepas tu baru sambung tolong dorang buat kerja. Huhu!

Ok lah bye.

Feb 6, 2017

Dah habis Dinner, Legaaaaaaaaaa

Assalamualaikum semua.

Harini rasa malas sangat nak gi kerja. Sabtu tu punya penat tak habis-habis. Hari Ahad pulak tak dapat nak rehat sebab nak mengemas rumah. Plus anak-anak nak melekat je semua. Yela maybe sebab makpaknya bizi je beberapa hari sebelum tu. So masa ni lah dorang nak manja-manja kan. Runako ya ampun, tak boleh letak okay. Nak berdukung je. Lepas tu asik nak merengek yang mengada-ngada tu. Adududu pening mak ko.

Tu yang harini rasa lemau sangat. Rasa malas gila nak gi kerja. Tapi mengenangkan banyak benda nak setel. Nak tak nak terpaksa gak la bangun gagahkan diri bersiap semua. Tapi kelam kabut la bersiap sebab Runako asik nak berkepit je. Kebetulan pagi tu Qaiser membuang, aku tengah cuci berak dia dalam bilik air, Runako mengamuk kat luar hempas-hempas badan. Tabahlah jiran-jiran ku, hahaha! Aku rasa satu lorong dengar Runako mengamuk.

Harini rasa lega sangat bila Dinner Seqy dah habis. Rasa macam lepas dah semuaaaaa kerja-kerja yang memeningkan itu. Hahaha! Nak buat Dinner bukan boleh simple-simple. Pening wooo, banyak nak setelkan urusan dengan hotel, then dengan penaja-penaja, pastu last minit ramai gila yang nak sponsor itu ini. Rasa cam syukur betul. Nanti kita bagitau kat uolls siapalah yang baik hati tu taja Seqy Beauty. Hihi!

Ingatkan harini boleh rilek sikit. Sekali pagi-pagi stokis dengan agen dah riuh pasal Color baru Lip Matte Seqy. Masa dinner kami bagi FREE dua lip matte color baru kat semua yang hadir. Jadinya Ahad tu memasing dah tak sesabar nak order. Hahaha!

Tu yang harini memasing mencari Sepet oh Sepet. Huhu! Tunggu eh, kita akan war-warkan kat semuaaaaaaaaa harini jugak. Tapi tak tau pukul berapa. Nantikan kat instagram atau pun kat Facebook. Esok baru kita up sini color-color dia.

Ok nak sambung buat kerja jap. Byeeeee

Feb 2, 2017

Debaran Dinner Seqy

OhEmGi! Lagi berapa hari je nak dinner ni. Takutnya. Huhu!

Memula ingat cam nak buat makan-makan santai je kan. Pastu tak tau lah tetiba cam nak buat kat hotel, bagi award, bagi reward, ada cabutan bertuah, ada pelancaran apakebenda tak tau lah. Hahaha!

Aku pun cam dah gabra dan pening tak tau la okay ke tak nanti ni. Semoga semua berjalan lancar lah. Tapi kalau nanti ada kurang sana sini tu redho je la sebab first time kitorang buat Dinner Seqy gilang gemilang gittew. Gemilang lah sangat. hahaha!

Baju aku dah setel, aku malas dah nak cari beriya. Asal ado udah. Pening wei sebab tak mampu lagi la nak tempah kat designer tersohor. Aku still rasa ruginya duit beli baju riban-riban pastu pakai sekali je. Huhu!

Sekarang ni team seqy tengah bizi nak kumpul barang-barang sponser, nak susun cecantik, nak angkut barang pegi hotel, nak kemas kini itinerary bagai. Aku je yang rilek macam tak buat apa-apa, hahaha!

Rasa tak sabar betul nak jumpa stokis dan agen. Selalu bukak booth dapat jumpa beberapa orang je. Kali ni kira agak ramai gak la yang datang. Tu yang excited dia lain macam. Aku tak tau la kot nanti aku menjoyah ke tak. hahaha! Lantak la kalau joyah pun aku tak pedulik. Setahun sekali je kan. Eh tahun depan ada lagi ke? Kekekeke!

So sesiapa yang belum follow ig @seqybeauty atau ig @sepetnoh mohon follow lah. Sebab nanti kita ada buat live update.

ok lah, nak keluar ambik baju dinner. Kbye

Jan 31, 2017

Dinner Seqy dan Mencari Sponsorship

Sticky Mode sehingga 31Jan2017. Entry baru di bawah.=)

Tak sure lah kalau ada yang dah tau tapi rasanya ramai yang tak tau lagi Seqy tengah prepare nak buat majlis dinner bersama #teamseqy. Tak adala majlis beriya sangat pun. Cuma nak buat majlis makan malam untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita. Nak bagi penghargaan kat stokis dan agen yang dah dua tahun bersama-sama Seqy, setia semasa susah dan senang.

Syukur sangat dapat stokis/agen yang setia macam ni. Bukan senang tau nak ada stokis/agen yang still gigih bersama walaupun adakalanya turun, ada kalanya cam krik krik krik, haha! Yang krik krik krik tu bos dia tau. Tetap dorang jual produk Seqy tanpa perasaan berbelah bahagi. Giitew.

Tahun lepas kita tak ada buat pun dinner ke apa, sibuk nak beranak la, nak bukak booth bagai kan. So tahun ni rasa macam masa tu sesuai sangat. Plus kita ada banyak reward nak bagi kat stokis/agen ni.

Persiapan masih lagi 30% kot, sebab baru rangka sana sini. Sabtu ni baru nak meeting dengan staff semua, nak bahagi tugasan, nak prepare apa yang patut. Tapi ada perkara yang dah capai kata sepakat masa previous meeting so tinggal ada beberapa benda yang perlu susun balik tengok lah mana yang sesuai.



Actually, kita ada beberapa benda nak mohon sponsorship dalam kuantiti tak ada la besar sangat. Opkos kita akan ada win-win situation, nanti akan diterangkan kat bawah. 

Apa yang kita perlukan sekarang ni adalah.

1. Photobooth (simple but nice, bukanlah demand yang beriya beno)
2. Door gift (pun just nice lah)
3. Flower/Chocolate Bouquet (atau any bouquet)
4. Hamper

Apa yang Seqy akan bagi untuk win-win situation tu adalah

1. Live update (instagram @seqybeauty)
2. Update personal dari ig @sepetnoh dan Fb SepetNoh
3. Blog update dan link beserta akan disediakan di tepi sidebar selama setahun
4. Sit untuk ke dinner Seqy (dalam ruangan meja sponsor)
5. Logo dalam banner/bunting akan diletakkan di pintu masuk

Minimum price untuk sponsorship MESTILAH bernilai sekurang-kurangnya RM300.

Kalau ada sesiapa yang nak bekerjasama dengan Seqy, boleh la WhatsApp 011-2107 6726 (Lina), Insyaallah kita masih boleh berbincang lagi. =)

Jan 26, 2017

TQ Mark Adam support Seqy Beauty

Huyooo tajuk saja je taip nama retis. Maklumlah kalau letak nama sendiri orang cam krik krik krik je. Huhu!

Semalam, kitorang ke Pelancaran Suara Akademi by Mark Adam. Seqy Beauty di jemput hadir, jadinya aku dengan Qery dah excited la ni. Jarang kitorang bertemu retis. Selalunya kitorang feeling retis je. Takpun kalau terserempak dengan artis kitorang buat tak reti sebab kitorang rasa kitorang lebih retis dari mereka. Hahahaha!

Disebabkan program tu Mark Adam buat petang, (high-tea) so kitorang pun lega lah sikit sebab tak ada tema bagai so takyah cari baju beriya. Pakai je la baju apa-apa pun yang penting jumpa retis. Kekekeke!

Sampai sana uihhhhh ramainya manusia. Ramai la kot artis dalam tu tapi aku ni kan duk bawah tempurung. Memang ramai lah yang aku tak kenal. Aku agak-agak dorang artis sebab make-up dorang win sangat. Tapi tak pasti jugak kan sebab sekarang ni ramai je yang suka make up cecantik. Huhu!

Ada gak la yang macam pandang-pandang aku, bukan sebab aku retis. Tapi mungkin sebab aku tak make-up. Hahahaha! Mungkin dalam hati dorang tu cakap 'kesian budak ni takde duit nak beli make-up'

Aku kan suka feeling natural beauty padahal pakai BB Cream n Lip Matte Seqy. (tetiba promo, haha) Pastu aku tengok Mark Adam rasa kesiannya artis ni, nak kemana-mana pun susah. Nak jalan 10 langkah je, tapi tiap satu langkah tu ada je orang tarik nak bergambar. Kesiann.. Hahaha!

Pastu rasa bersyukurnya jadi orang biasa yang tak dikenali. Nak buat apa pun bebas sangat. Tak ada orang kisah pun. Huhu! So di bawah aku sertakan gambar semasa majlis. Aku tak lama pun sebab takmo lama-lama, Damansara petang dah hazab jem dia.

A photo posted by Suara Academy (@suaraacademy) on






Syukur Alhamdulillah #Liveupdate #suaraacademy #akademisuara Soft Launching Suara Academy |25 Januari 2017 |Neo Damansara Founder : @suaraacademy | @markadam1079 |@ezzpowers Tenaga Pengajar Suara Academy: @markadam1079 | @ewalofficial | @amirjahari | @adeepnahar Main sponsor by : @qnarepublic Liveupdate by :  @alheartdie #aworkstudio #aworksproduction photographer /videographer by : @alheartdie  #aworkstudio #aworksproduction | @perjuanganlensa Venue at :  @suaraacademy Emcee by:  @jiggygman Goodies by:  @seqybeauty |@zerralicious | @the_goodies_house |  @asni_omar|@doorgift_by_kamy | @bagdeal | @airjagungpjcc |@yanalicious_popia_desserts | @marilyn_doorgift Pa systems by: @JZack_entertaiment Decorations by: @sheparty_creative Photobooth by: @lukisan_cahaya Cake Launching by : @mymumsbakery Dessert by :  @julianaisa3339 | @anishomebakers | @sapirobakehouz | @aisylittleoven_ |@rabisugarflour |@aienshafrozenfood |@adelia_delight |@nasilemakkgpandan |@asyreencakediaries |  @dapur_fara_sulaiman flowers by : @fleurdefleur.my Canopy by : Faizal Khemah #launchingsuaraacedemy #suaraacedemy #akademisuara #neodamansara #damansara #markadam #ewalofficial #adeepnahar #amirjahari #2017 #suara #studio #centerforvocalandstageperformancetraining #pusatlatihanvokaldanpersembahanpentas
A photo posted by Suara Academy (@suaraacademy) on



'
A photo posted by Sepet Noh (@sepetnoh) on












Again. TQ Mark Adam. Semoga berjaya dan terus maju. 

Itu sahajalah setakat ni. Qery dah panggil nak keluar. Bye

Jan 25, 2017

Misteri Jam Empat Petang

Harini nak cerita pasal misteri Ofis ni apabila jam 4 petang.

OMG OMG, kejadian ni baru berlaku sejak Isnin lepas je. Hari Isnin aku dengan Qery petang tu ada banyak urusan. Memula pergi RHB Bank untuk bukak akaun. Okaylah nak puji sikit staff RHB yang sangat efisyen dan sangat pantas.

Bila kita call pun dorang jawab dengan jelas dan terang, bila kita pergi bank pun laju je urusan. So meh kita bagi tepukan kuat kuat kat uolss. *tepuktangankuatkuatsambilberdiri*

Lepas tu ke Hospital Pantai Cheras, Qery nak jumpa doktor kulit dia untuk check balik rambut dia. So masalah rambut yang punca stress dia tu dah ok, rambut semua tumbuh melata. Hahaha! Dah hensem berganda dah laki iolls. Yeay!!

Lepas tu kami ke Shell Out area Desa Pandan. Teringin sangat makan ketam udang segala, haritu tengok insta Ceera, dia makan dengan kekawan manjers tu. Tu yang gigih mencari kat mana ada Sheel Out terdekat. Google je Shell Out terus keluar yang kat G-Village tu. Ya ampun cafe nya hipsturrrr sangat.

Tapi iliokeee sejuta kali lah. Staff dorang semua pun peramah. Tempat makan cantik, makanan sedap gila. Aku dengan Qery memang sejenis kuat makan pedas. So kitorang ambik tahap teratas punya pedas, nama dia pedas OMG gitu. Huhu! Tapi memang sedap sedut-sedut hingus la. Then lepas tu kitorang ke kedai printing, nak printing something untuk dinner nanti.

Tiba-tiba, dapat wasap dari Fieya and Lina, katanya lampu tetiba mati. Disebabkan kitorang takde kat situ, kitorang mintak dorang call Ayah je la. Tapi dorang kata maybe la sebab hujan ke apa. Then dorang pun balik rumah sebab dah pukul 5 lebih.

So semalam. Aku berada di opis. Masuk toilet ambik wuduk. Aku keluar je bilik air sekali blackout lagi. Aku okay je la black out ni takde la terfikir benda bukan-bukan. Tapi Lina adalah sejenis penakut yahamat. Hahahaha!

Pastu Fieya pulak cakap.

Fieya : Kak Lina, bukan semalam pun black out waktu-waktu macam ni ke.
Lina : Haah pukul 4.

Jeng Jeng Jeng

Pastu dorang pun membelek lah sana sini, on switch yang kena tendang tu kan. Bila dah bukak lampu aku pun solat lah macam biasa. Masa rakaat ke 3 kot, tetiba termati balik. Pastu semua orang cam......

Aku meneruskan solat macam biasa. Pastu dah habis solat lina cakap, ''Eh kalau Lina jadi zack-u, Lina dah berenti solat dah sebab takut''. Hahaha! Sabo je la dia punya penakut tu kan......

Lepas tu dorang on balik switch, then aku kena keluar sebab nak gi beli printer and ambik barang. Dorang wasap lagi letrik masih ter-off and dah panggil Ayah datang. Huhu!

Jadi harini wiring datang cek dan tambahkan walt, semoga Rabu ni kejadian jam empat petang tak berulang. Kita tengok harini pukul 4 petang. Tapi still aku tak ada kat opis sebab ada invitation opening Suara Academy by Mark Adam. Gitu.

Kbye

Jan 24, 2017

Gara-gara Stokis Zaimah a.k.a Viruspadu a.k.a nak datang opis

Harini plan nak ke Andalusia lah kononnya. Nak setel urusan ke Umrah untuk stokis yang dapat reward tahun lepas. Tapi masuk opis je aku rasa dah macam hape kejadian dalam bilik aku. Tunggang langgang dengan file and resit semua. Stok pulak terpaksa masuk bilik aku, jadi macam ruangan tu dah nampak sempit. 

Atas meja berselerak, benda ni perkara biasa lah untuk manusia bernama Zuhana. Meja dan selerak berpisah tiada. Aku memang suka je buat kerja dengan keadaan sepah sana sini atas meja. Hahaha! Kalau Qery nampak tu memang dia membebel lah sepanjang hari. Qery dengan aku kan kontra. Dia jenis yang buat kerja kena keadaan yang kemas. Qery lepas dia kerja dia akan kemas balik semua. Aku pulak harini punya kerja, lantak terabur atas meja esok aku sambung. Hahaha! 

Jadinya selalu aku memang kena dengar Qery membebel lah. Benda ni aku dah pasrah sejak 3 tahun lepas lagi. Yela aku kena redho lah sebab dah aku yang buat sepah pun. Kekekeke!

So masuk bilik rasa macam OMG dah tak boleh bla sepahnya ni. Cancel lah pergi Andalusia. Kita organise ofis dulu. Lagipun harini macam banyak benda nak bincang dengan team. Asik keluar ke sana ke sini, bilik sendiri dah macam rumah peninggalan.

Tetiba Lina cakap Stokis KakJeng wasap nak datang opis ambik barang. Terussssss aku kelam kabut masuk gear 5 terus mengemas. Hahaha! Ehhhh takkan la orang datang opis tapi opis huru hara. Angkat meja alih ke depan sikit, alihkan file ke sana ke sini, bukak balik meja-meja keluarkan semua benda susun balik. 

Tengah kemas-kemas dengar KakJeng semekom semekom ketuk pintu. Huihhhhh laju sangat datang. Hahaha! Mana yang aku tak sempat kemas terus sorok bawah meja. Kekeke! Itu KakJeng tak boleh nampak lah sebab meja iolls tertutup. Selamattt... 


Beginilah keadaan bilikku sekarang. Air atas meja tu credit to Abang Zakhir ku sayang, hahaha! Abang Zakhir a.k.a Ode bagi satu katon air Oishi untuk aku, biasalah adik kesayangan kan, lalalala~~

Stok tu macam tak cukup satu bilik stor ke hape tu, hahaha! Sengaja tau buh bilik ni, tak bagi aku nak feeling lapang-lapang sikit.

Ok sambung cerita, KakJeng datang dengan penuh bersemangat sekali, hahaha! Excited nak gi beli baju dinner nanti. Aku pun semangatlah nak ambik insta story, yela bukan senang stokis nak datang opis kan..

A video posted by Sepet Noh (@sepetnoh) on


time dia mengumpat awal-awal tu aku tak sempat nak rekod! Pastu dah cuak takut terkantoi la ngumpat kemain, hahaha! Pastu paksa KakJeng timbang sekali, siap bagi alasan baju berat la, tak berak lagi la, hahaha! 

Tapi many thanks to Stokis Zaimah, kerana dia nak datang lah bilik aku terus kemas. Kalau takkkkkk, bersepah lah sampai hujung tahun diiringi bebelan Qery dan konsep aku hanyalah redho dan pasrah. Gittew. 

Kbye

Jan 23, 2017

Serba Salah Mak Encik Tak Update Blog

Kemain aku hari Rabu update sekali tiga entry kannn. Pastu Kamis Jumaat non hado krik krik krik je. Hahaha!

Tak sempat gais, tak sempat. Khamis tu pegi EPF Socso, then mencari baju dinner, petang pulak ada meeting dengan orang hotel untuk dinner Seqy. Tak menyempat nak masuk opis pun.

Jumaat pulak pagi tu ke EPF lagi, then pergi bank setelkan beberapa urusan. Lepas solat Jumaat aku dengan Qery ke kilang ambik stok BB Cream. Huh! Legaaaa sangat dah ada stok BB Cream. Kalau tak rasa cam apa benda la semua stok tak ada ni.

Kilang ni dah hujung tahun haritu dorang kelam kabut la sibuk nak beraudit, then nak masuk awal tahun ni sibuk pulak nak raya Cina kan. Itupun Qery kena follow up seratus kali kot sampai dorang rimas, hahahaha!

So harini pun maybe akan busy jugak, jadi sebelum tu baik aku update terus, rasanya kejap lagi nak kena keluar mencari baju staff untuk dinner, then petang nak ke bank untuk bukak akaun lagi.

Pagi tadi susah nau nak bersiap sebab Runako sorang je bangun. Runako kalau dia je bangun mula lah nak berdukung je. Aku nak pakai baju semua susah. Kalau Qaiser bangun sekali senang sikit, selalu dorang boleh survive kat bawah tengok Didi And Friends sama-sama sementara aku nak bersiap kat atas.

Belum sempat pakai tudung sekali dengar Fieya dah hon hon kat luar. Aa lagi, pakai tudung cam makcik terus, dukung Runako masuk kereta. Pastu masuk rumah balik dukung Qaiser. Qaiser tido takmo bangun huhu!

Nasib baiklah baju kerja semua aku hantar opis gosok. Hahaha! nampak tak aku punya pemalas tu. Kat rumah kemain lagi segala jenis strerika ada. Pastu last-last hantar dobi jugak. Dasar sangat.Kau kalau dah hidup berkonsepkan pemalas, takyah la tengok go shop ke apa. Takyah terpengaruh sangat sebab nanti bukan guna pun, kekeke!

Ok lah. Nak bersiap dah ni. Semoga harini sempat lah makan kat crab factory. Sedapnyaaaaaa *lapailio*

Jan 18, 2017

Opis Seqy

Mesti ramai tertanya-tanya mana lah Opis Seqy ni. 

Actually aku tak rasa lah rak-rak Seqy yang konon nak acah-acah custome made ni jadi ke tak. Kitorang dah order sejak awal Dec, orang tu janji nak pasang sebelum 15Jan pun sampai sekarang tak kunjung tiba. Bila wasap tanya lagi kononnya nak datang la hari Isnin lepas. Pun tak datang-datang. Lepas tu dia cakap kalau 3 hari dia tak dapat datang dia akan refund. 

OMG, so bad servis dia uolls. So nak tunggu la lagi dua bulan sebab katanya maximum 2 bulan baru siap. Serius la dua bulan okay nak buat rak yang biasa-biasa. Hahaha! Aku tau beli kat Ikea je senang. Terus siap. Tapi disebabkan masih nak menolong orang melayu, so kita tunggu la sampai habis tempoh dua bulan.

Kalau tak kita report polis je lah nak buat macam mana kan. Huhu! Jadi sekarang ni kami mereput je kat dalam opis yang serba kekurangan ni, hahaha! Masuk je stress sebab barang tunggang langgang. Kitorang dua tiga hari ni kalau borak objek utama mesti pasal perabut ni. kekeke!

Nasib baik lah stok banyak yang belum dapat lagi. Ini semua stok free gift tahunan Seqy duduk la kat pantry dulu.


 Korang mana yang tak tau tu, Seqy ada buat Special Gift on January tau. Yang besar tu Diari 2017, yang kekecik tu Notepad.

So sesiapa yang buat pembelian RM200 ke atas akan dapat lah Diari Seqy, sesiapa yang buat pembelian Rm150 ke atas akan dapat Notepad. Tapi bulan Januari sahaja. Gittew.

Beginilah keadaan dorang buat kerja kat luar, haha! Sedih aku menengoknya. Tapi sekarang ni dah okay sikit sebab meja meeting dalam bilik bawak keluar. So senonoh la sikit nampaknya. Hihi!

 Iolls kat dalam bahagia je duduk dengan penuh keselesaan, hahaha! Dorang lantok sana kat luar. =P

Eh lupa nak cerita pasal kat mana lah opis Seqy ni. Sebenarnya kitorang buat dalam rumah je. Rumah ni sewa kat makcik Qery, boleh la nak buat opis sementara. Memula tu mencari gak opis kat kawasan yang macam ala-ala rumah kedai tu. Kan banyak dah sekarang bangunan opis dibina. #dibinaokay.

Lepas kitorang ke Guangzhou, tengok kedai-kedai kat dalam tu tu space dia kecik je, aku rasa besar lagi booth Seqy, hahaha! Tapi bisnes dia satu dunia. Pastu bagitau Qery, takpe lah. Kita sewa je rumah makcik, bila kita ada banyaaak duit sampai terbuang sana sini *ewah* haha, barulah kita bukak opis yang besar sikit.

Tapi still aku mencari-cari opis mana lah tau ada orang nak sewa harga murah yakmat ke kan. Haha! Buat masa sekarang ni kita gunakan la apa yang ada dulu. Konsep redho dan pasrah ni akan berlanjutan sehinggalah habis tahun 2017. Gichuuuu

 Sekian sahaja nak bebel. Doakan Seqy Beauty berjaya tauuuuu uolls. Muah!

Perihal Dress Dinner

Harini kelam kabut semua nak mencari dress aku. Hahaha! Aku kan cam lambat sikit action. Nak cantik tapi malas nak cari baju cantik. Acane tu....

Lina la telefon sana sini nak mencari baju aku. Adik beradik aku merangkap stokis-stokis dah sibuk gak hari-hari duk send gambar dress. Ada tu jual kat Zalora ke apa harga sampai 3riban. Maigod mahalnye, belum mampu lagi lah nak baju sampai 3ribu tu uolls, hahaha!

Rasa rugi sebab pakainya malam tu je kan. Nanti kang ada yang keji iolls kata baju mahal-mahal boleh masuk syurga ke apa kan. OMG lawak hambar sangat tu.

So dalam wasap selalunya aku baca je dorang borak nak pakai baju apa, tanya pendapat baju ni cantik ke tak baju tu ok ke tak. Pastu Ceera kata kalau tetiba aku pakai baju kurung dia akan caruts aku, hahaha!

Takutnyaaa kalau kena caruts dengan adik beradik ni. Dia punya laser tu di tahap Diva AA kata ko, haha! Seram sangat takut nak scroll ke bawah. Huhu!

Aku memang nak pakai dress lah , mesti la nak nampak lain dari yang lain sikit. Walaupun kalau pakai dress pun muka aku cenggitu gak lah tak bertukar apa pun.

Pastu dah kena work out ni *berangandulu*. Nak kena beli korset supaya nampak kurus. Hahaha! Kalau nampak perut takde gelebeh-gelebeh tu mohon la jangan tanya tips kurus ke apa ye. Serba salah aku dibuatnya. Huhu! Takkan la nak cakap pakai korset depan-depan. Iolls pun nak feeling kurus dari lahir. Korang-korang je tau takpe lah. Hahaha!

Adududu, malam semalam kot aku tengok gak baju-baju dress kat zalora instagram semua. Usha la designer yang mahal-mahal ni takmo la sebut nama. Tengok baju dia cantik la gak, tapi 9 of 10 tu cam pelik benor lah. Tak sesuai la muslimah nak pakai pun. Actually banyak cantik-cantik tapi yang kena tema tak banyak.

Ingat nak suruh dorang design pun dah lambat kot. Pastu mesti lah mahal sebab macam nak rushing buat. Pastu kau bukan lah adik dia mahupun saudara bau-bau bacang kan. Kau hanyalah insan terpinggir githuuu. Jadi ofkos lah harga pun tak berapa nak kasih sayang kan. Huhu!

Pening lahhhh camni. Susah nak berfikir. Rasa selagi dress ni tak setel nak makan pun tak lalu. Ok tu tipu. Hahaha!

Cerita pasal makan ni, aku hari-hari timbang kat dalam opis. Bukan hari-hari, aku rasa setiap jam kot. Pagi-pagi sampai masuk bilik timbang dulu. Macam semalam berat aku 48.8kg, pastu aku cakap la dengan Lina and Fieya, harini makan kat opis boleh naik sekilo je. Pastu tak boleh makan dah. Lepas makan sapu XXS losyen and tunggu beron dulu baru makan.

So dah nak balik tu timbang tengok 49.8kg. OMG tepat tepat uolls. Bangga jap naik sekilo. Hahaha! Camtu lah setiap hari rutin aku, tiap kali makan minum kencing terus timbang. Teruk nau obses dia dengan berat badan. Hahaha! Aku bukan jenis berat otot tau. Aku jenis berat lemak-lemak gelebeh ni ha. So kalau badan naik sekilo pun memang nampak la gelebeh dia kat perut tu.

Haih aku kalau cerita pasal berat badan ni pun boleh menjadikan stress selama seminggu. Baik aku buat kerja jap. Nanti sambung bebel.