Urban Vibe HOTTEST Blogger Contest (PREVIEW)

Sebagai penyokong no 1 PPM, aku konfom nak join contest ni. Sapa-sapa blogger pun boleh join ye. Boleh copy paste gambar kat bawah ni untuk korang selidik apa syarat-syarat dan apa yang perlu korang buat untuk menang hadiah (DUIT) phew! Sapa tak nak duit ye tak.


Pengenalan sikit untuk sapa-sapa yang tak tau apa dia Pameran Pengantin Malaysia (PPM) ni. PPM ni adalah yang TERBESAR DI MALAYSIA sejak tahun 2007. Bayangkan berapa lama dah dorang bertapak. Aku share beberapa event PPM pernah buat. Tapi tak detail la sebab kalau detail memang banyak la kan. Kate pun dari tahun berapa.


7-9 Ogos 2009


13-15 Nov 2009


7-9 Jan 2011

11-13 Feb 2011

6-8 Jan 2012

 Memang sambutan dari dulu amatlah menggalakkan. Even sekarang ni banyak pesaing lain yang seakan-akan PPM, tapi PPM tatap gah berdiri. Kali ni PPM nak buat lagi event untuk kesekian kali berapa entah aku pun tak terkira. Kerana terlalu banyak event yang dorang dah buat. Apa-apa detail korang boleh Like FB PPM ye.

Dan aku nak mengajak korang beramai-ramai memeriahkan lagi event PPM ni pada hari ini 7 sehingga 9 September, kat Ampang Point. 10 pagi sehinggaa 10 malam.

Oh ye, korang boleh tengok sendiri. Edisi ke-27 since 2007. Ada tulis kat gambar. Hehe! Masuk adalah percuma.

Aku pun akan join PPM kali ni. Ada rezeki kita jumpalah kat sana ye. Almaklumlah. Aku kan tak berkahwin lagi. Jadi setiap kali event PPM mesti nak pergi. Tapi tak kawin-kawin lagi. Acane?? Hahaha! Sebab apa aku suka PPM? Kalau nak bagi list tu memang tak terbaca la kan *padahal malas nak taip ni, hehe*. Aku bagi beberapa je la point. Point ni kalau korang baca pun korang mesti setuju dan suka PPM macam aku jugak.

1. PPM ni ada semuaa yang kau nak. Segala macam dari Kad Kawin, Pelamin, Conopy, Baju pengantin, Videographer, Photographer, Catering, ha apa lagi yang korang nak. Semua ada kat situ. Memudahkan kerja kita, tak perlu survey harga jauh-jauh. Tunggu je PPM buat event. WAJIB pergi.

2. Meriah! Setiap kali event PPM, mesti meriah sangat. Ada certain event kat macam suram je kan. Nak masuk pun takut-takut je. Yang ni tak. Semua yang ada kat dalam PPM ni, maksud aku yang sewa tapak dengan PPM semua peramah. Muka ada sinyum.

3. Selalunya ada Cabutan Bertuah. Aku tak sure la kali ni ada ke tak. Hahaha! Tapi memang tiap kali aku join ada je cabutan bertuah. Sapa tak nak kan? Saja datang tetiba bawak balik hadiah. 

4. Banyak aktiviti menarik! Contohnya ada la sesi mekap model, sesi menari kebudayaan.. Apa lagi?? Kalau nak tau korang kena datang. Tuah manusia siapa yang tau ye tak??

Jom!!! Ajak pakwe, makwe, hasben, wife, adik, kakak, abang, kawan-kawan datang sekali!!
Again, 7-9 September 2012, 10 pagi - 10 malam. Masuk adalah percuma!

Comments