Bebelan Sebelum Hari Raya.

Ha kauuu... Bukan main lagi tak nak update.  Sekali malam ni gatal tangan on laptop. Aku bajet macam tak nak update sampai ke sudah. Ada impian jugak la nak tutup blog la apa la kan. Tapi biasalah. Impian tutup blog tu adalah sejak 2009 2010 lagi. Last-last sendiri gian nak menulis. Kihkihkih! Lempangkan sajeee budak ni *tak terasa*

Lately ni aku rasa macam banyak gila barang aku dah kurang.  Rak pun dah banyak kosong. Bukan sebab aku clear kan barang,tapi banyak stok aku dah simpan dalam beg. Contoh macam Vit C Felinna haritu aku beli berapa ratus kotak kan. Seratus stanby kot orang nak beli, yang ratus2 lagi dah cun-cun pek dalam beg. Tang mana yang stok terlebih2 tu, aku simpan siap2, free gift pun dah letak dalam kotak. Mana boleh kemas dulu, kite kemas dulu.

Pastu mak aku masuk dalam bilik. Tengok banyak kosong. Tanpa segan silu mengeluarkan ayat ini 'Banyak kosong dah ni Na, tak sabar nak pindah ke'

Walaupun memang jawapan dia tak lain tak bukan adalah 'Iye mak, tepat sekali'

Hahaha! Kong ajo punye anak. Excited dia memang lain macam kan. Bukan la pindah semata-mata. Tapi better aku kemas sekarang. Kemas sikit-sikit mana patut dulu. 20% baju aku dah hantar dobi. Baju tu ada lagi dlm plastik, plastik tu jangan bukak. Senang aku angkut terus. Ada lg 80% ni, tak sure sama ada aku nak sedekah kat sapa-sapa, atau jual balik, duit tu boleh sumbang kat mana-mana kan. We see how lah.

Sepatutnya harini aku pergi beli barang raya yang tak complete lagi. Banyak lagi tak complete. Baju mak n abah. Tapi plan dah kelaut. Sebab tetiba pagi tu leher Qery tak boleh gerak. Dah macam robot. Dalam macam tu, dia hantar aku ke salun rambut. Pastu aku teman dia pegi klinik. Then aku beli kuih sorang2 kat bazar. Qery pesan kuih itu ini. Pfftttt. Nasib dia tunjuk gambar kuih kat aku. Kalau dia bagi nama, ada yang menangis sambil beli kuih. Iolls tak tau nama kuih sangat. Kalau pisang goreng tau la. Sob sob sob.

Esok rasanya sempat tak nak keluar gi beli barang kejap. Kalau habis masak awal, boleh la aku larikan diri beli baju mak. Kesian dia, aku belikan dia seluar je. Baju nak pakai dengan seluar tu takde. Adik beradik lain mungkin la ada belikan. Tapi dah semua pun tak balik sini lagi. Jadi aku tak tauu la sebenarnya mak ada baju omputih ke tidok. Gittew.

Aku ada 3 helai baju kurung. Jadi takyah nak risau sangat pasal baju raya. Plus Whitesoot hadiahkan baju. 

 Aku dah terbayang2 nak pakai dengan apa dah. hahaha! Tunggu raya nanti weolls melaram yeahhhh.. 

Pastu dapat pulak baju dari Pretty Chase
Aku belum sempat nak try. Mak aku dah try dulu baju tu. Demmit. Siap bagi hint lagi baju tu cantik dengan dia. Terus pura2 tak dengar. Hihi!

Ok la semua. Selamat Menyambut Hari Raya. Take Care. =)

p/s : Order diambil seperti biasa. Tapi aku start pos barang balik pada hari Isnin 12.8.2013.

Comments

Chekgu Azrine said…
Selamat hari raya sepet!!