Bila ditimpa musibah manusia akan selalu bertanya "Kenapa Aku?"

Assalamualaikum semua, hihi! Harini nak kongsi cerita dengan korang apa yang aku dengar dari Ustaz Don. Kalau tak silap rancangan Assalamualaikum. Kalau apa yang aku cerita ni salah, mana-mana yang tengok jugak siaran tu boleh betulkan, boleh komen kat bawah. Aku dah cerita kat Qery tapi nak cerita kat korang jugak sebab cerita ni terlalu best.

Kalau kita perasan la, memang kita manusia biasa. Bila Allah turunkan dugaan atau musibah, selalunya hati kita akan terdetik 'Kenapa aku?". Walaupun lepas tu kita redha, tapi ada sesetengah antara kita yang mempersoalkan 'kenapa aku'. Ada orang yang bila Allah turunkan bala dia terima dengan redha, ada jugak orang yang tak dapat terima lepas tu timbullah persoalan 'kenapa aku'. Kadang2 memang kita tak tau kenapa kita dapat dugaan, apa sebabnya, macam mana boleh jadi macam tu, macam ni. Tapi ketahuilah semua perancangan Allah tu adalah sebaik-baik perancangan.

Kelmarin memang tertarik sangat dengan bicara Ustaz Don, kita manusia biasa sering bertanya 'kenapa aku'. Para nabi juga selalu bertanya kepada Allah 'Kenapa Aku'. Nabi juga manusia biasa cuma nabi manusia mulia yang terpilih di angkat darjatnya di sisi Allah.

Kisah Nabi Musa a.s.

Nabi Musa a.s bertanya kepada Allah swt bagaimana Allah menetapkan takdir?  Kemudian Allah perintahkan Nabi Musa pergi ke sebuah perigi dan perhatikan perigi tersebut dari jauh secara sembunyi.

Tak lama lepas tu datang seorang pemburu menaiki kuda datang ke perigi untuk minun air. Kat pinggang pemburu tu ada satu uncang emas. Risau uncang tu terjatuh masa dia nak minum, dia pun letak uncang kat tepi perigi. Dah habis minum, dia terus je pergi dan lupa nak ambil balik uncang emas yang dia letak kat tepi perigi tu.

Tak lama kemudian, datang pulak pengembala kambing. Datang ke perigi sebab nak bagi kambing2nya minum. Pengembala kambing ni nampak ada uncang emas kat tepi perigi, tanpa ragu-ragu dia terus melarikan uncang emas tu.


Selepas tu, datang pulak seorang tua untuk minum. Lepas dah hilang dahaganya, dia pun berehat kat tepi perigi. Tiba-tiba pemburu *tuan punya uncang emas* kembali ke perigi nak cari uncang emas, tapi yang ada cuma orang tua tadi. Pemburu tadi terus membunuh orang tua tu sebab dia ingat orang tua tu yang curi emas dia.

Nabi Musa as. yang melihat peristiwa tersebut kembali kepada Allah dan bertanya mengapa ianya boleh berlaku. Lalu Allah menceritakan bahawa bapa si pemburu pernah meminjam wang daripada bapa si pengembala kambing. Jadi emas yang si pengembala kambing tu ambil memang sama jumlah dengan emas tersebut. Jadi sebenarnya pengembala kambing hanya pengambil haknya.

Dan pembunuhan orang tua itu adalah sebenarnya, orang tua tu suatu ketika dahulu adalah pembunuh kepada ayah pemburu tersebut. Jadi Allah mengaturkan segalanya sebagai pembalasan.

Ceritanya kat sini, aturan Allah tu memang adil, lambat dan cepat je. Kita manusia biasa. Apa yang kita lihat kat mata kasar kita tak mungkin sama dengan apa yang Allah lihat. Aturan yang kita cuba buat tak mungkin boleh sehebat Allah. Kadang2 memang kita tertanya-tanya 'Kenapa kita?'

Macam tu lah cerita Ustaz Don kelmarin yang aku ingat..

Kalau Allah tak bagitau Nabi Musa a.s mesti kita semua ingat yang pemburu tu jahat, pemgembala tu pencuri, dan kesian kat orang tua tu tak buat salah pun kena bunuh. Tapi apa yang disebalik tu peraturan yang sangat adil.

Ada yang kita pernah tengok, suami isteri datang dari keluarga baik, keturunan yang baik-baik. Tapi anak dia perompak, pencuri, hisap dadah. Jangan terlintas pun dalam hati kita nak cakap ada yang tak elok sebenarnya dalam keluarga tu. Kadang2 apa yang terjadi kat orang lain, bukan Allah nak bagi pengajaran kat orang tu je, tapi Allah nak bagi pengajaran kat semua orang.

Contoh lagi, Kenapa Allah bagi bermacam dugaan kat Nabi Muhammad s.a.w, padahal Nabi Muhammad tu hati dia suci bersih, tiada dosa. Sebab dia nak bagi pengaran kat semua orang dan pengajaran tu sampai ke kita hari ini. Antara kita sedar atau tak sedar, tu je.

Haaaaa, itula cerita yang aku cerita kan kat Qery semalam. Qery pun mula-mula dengar dia kata kesian kat orang tua tu, tapi last2 bila tau, terus tak jadi kesian. Hihi!

Okeylah.. tetiba jadi ustazah seronok jugak rasanya. Mihmihmih!

p/s : Aku takde buat postage harini dan esok. Tapi korang boleh terus wasap untuk order.  Insyaallah aku akan balas cuma postage dibuat pada hari Isnin depan. =)

Comments

Azanna Radzuan said…
ermm..cerita yg sangat menarik..
jangan bersangka buruk dengan Allah.. semua tu ada hikmahnya..

Rizziela said…
kena byk beristifar tp biasalah kita manusia..bila ditimpa musibah baru kita nak ingat yg Esa... termasuk sy
Unknown said…
Ape yg Allah aturkan pada hambanye ibarat seorang ibu menyulam kain.anaknye melihat dr bwh mcm benang berselirat je x cantik lgsg tp hakikatnye ble tgk dr atas sulaman yg indah.kte sbgai hamba hanya nmpk bhgian bwh je sdgkn Allah sdiakn ssuatu yg indah utk kte.
yiunnoi said…
Subhannallah,great story..thank you for sharing this story sepet, Moga2 org yg baca kisah ni dpt ambik pengajaran yg sepatutnya. Allah tahu apa yang terbaik utk kita kan so kena ingatkan diri jangan pertikaikan kenapa aku,kenapa bukan org lain...

-silent reader, dd-
Unknown said…
Sebak dada baca cerita ni..sbb sy pn selalu salahkn allah atas perkara buruk yg berlaku nauzubillah..rupanya br sy sedar allah dah tetapkn jalan hidup hambanya..ya allah,ampunilah dosa hambamu ini,aminn
~AnyThing~ said…
Thanks sbb sharing story sepet..sy sndiri pun kadang2 kalo datang dugaan tertanya kenapa aku? Bila dah redha ingat semua yg terjadi ada hikmahnya...bukan kita saja diduga semua makhluk diduga sbenarnya, kalau time susah nak lalui dugaan itu, kena beringat banyak2 org lain kadang lg kuat dugaannya, Allah x turunkan dugaan tanpa tahu kekuatan kita...apabila kita dah lepas dr dugaan itu kita sendiri macam x percaya kita dah lalui dugaan itu dahulu...kena terima seadanya, kena kuatkan diri...xda siapa boleh tolong melainkan diri sendiri perlu menguatkan mental dan fizikal atas kehendak Allah...