Check up kali ke 2 bersama Doktor Tan Ee Ping

Semalam aku ada appointment dengan DTEP. Sepatutnya aku punya check up 26 March bulan lepas. Tapi kebetulan tarikh tu Qery tetiba ada discussion dengan group PJJ bersama lecturer, terpaksa cancel dan tunda sampai semalam. Qery tu membizi sampai minggu depan, setiap hari ada training budak bola, katanya game next week. So kena latih kerap sikit. Whatever la kan. Kalau bizi kerja takpe. Jangan konon2 bizi tapi buat benda lain sudah la ye. Harap takde la. Hihi!

So semalam awal la pos barang. Lepas pos baru jumpa doktor. Cek gula okey. Fuh, dah la aku baru lepas makan asam. Lepas tu timbang berat badan. 5 bulan naik 51kg. Hahahahaha! Seronok rasanya. Perut aku memang dah nampak. Badan tu tak naik sangat lagi. Mungkin sekejap2 lagi baru naik kot. Tak sabar nak gemok pastu pipi kembang. Boleh gelakkan diri sendiri. Haha!

Lepas tu scan semua tengok berat baby baru 400g. Sabar je la kan. Aku nak berkilo2 rupanya baby baru 400g. Huhu! Aku tanya kebarangkalian 9 bulan nanti baby aku akan besar mana, doktor kata dalam 3kg ke atas macam tu. Pastu doktor pesan la kalau taknak baby besar, kurangkan makan nasi, kurangkan makan roti, tapi sayur tu banyakkan, kalau nak makan daging banyak2 pun takpe. Asalkan nasi n roti kurangkan. Malam tadi lapar terus makan sup sayur je. Huhu!

Baby dah lengkap tubuh badan, tengok semua tulang belakang, hati, buah pinggang, kaki tangan, doktor kata semua cantik.

DTEP : Saiz kaki kamu berapa?
Aku : 5 6 macam tu.
DTEP : Tinggi?
Aku : 160
DTEP : Jangan risau memang keluar 3kg tu normal. Ada rasa baby gerak-gerak tak?
Aku : Macam ada rasa benda gerak, tapi tak tau la apa tu, saya ingatkan saya lapar. Hihi!
DTEP : Itu baby la tu, siapa lagi. Hihi! Tunggu bulan depan lagi boleh rasa dia gerak.
Aku : Ohyeke. Tapi tak rasa sangat pun. Sikit2 je.

Lols, aku punyala fikir aku lapar, haha! Mana tak nya, kalau lapar pun angin gerak2 kat perut kan. Kalau tak lapar pun kadang2 aku fikir aku sakit perut nak membuang. Balik rumah tu aku tengok je perut aku. Nampak gerak2, tapi tak rasa sangat. Agaknya la kulit perut aku tu tebal sangat sampai tak rasa. Qery pelik2 je tengok aku tenung perut kemain khusyuk. haha!

Berat sebelum pregnant 48kg, yang turun tu takyah kira la eh. Sebabnya tak mungkin lepas pregnant aku boleh turun sampai macam tu. Huhu! So naik 3kg la setakat ni. Berdebar2 nak tau berat aku masa 9 bulan nanti.

Balik2 tu aku cerita la kat Qery apa yang aku cerita2 dengan doktor, sebab minit pertama Qery tak masuk lagi mencari parking. Dia masuk lambat sikit. Aku cite la scan nampak tulang belakang dia cantik, mata hidung mulut semua. Tetiba Qery tanya

'Kulit dia putih tak?'

(-_-')

Sabooooooo je la aku ni.

Comments

Shima Mazlan said…
Salam sepet .. wahhh .. baby ko dh 5 bln jgk ehh .. baby aku dh 23 week .. n aku dh taw pon jantina baby aku .. sejak 20 week ary tuh aku dh dpt rse baby nyer pergerakan .. skrg ni lg la aktif dia nyer tendangan .. tp best sgt rse .. tiap2 pg kene bercakap ngn dia n suruh la dia gerak2 .. ckp kte suka rse pergerakan dia .. n pasal berat badan tuh .. bagus la ko nyer berat naik .. mcm aku b4 pregnant 55kg now 51 kg jew .. tp doc ckp baby nyer berat ok n seimbang ngn umo dia .. baru aku taw klu xnk baby besar jgn mkn nasi n roti .. aku ni tiap2 masa bedal nasi n roti cuma berat je xnaik .. nway tq for the info ..
errrrrrr.... tu soklan serius ke???