Kisah Teladan - Paku yang Lekat di Hati

Insyaallah lepas ni setiap pagi aku akan kongsikan kisah teladan sebab aku ada beli buku ni macam best je cerita2 dia, so saja la nak share. Kadang2 kita tak sempat nak pegi beli buku, atau nak baca cerita panjang2. Cerita pendek2 je, tapi ada pengajaran. 

***********************************************************************

"Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita," nasihat seorang ibu kepada anaknya.

"Saya tau itu salah, ibu. Tapi saya akan cepat meminta maaf. Itu satu kelebihan juga bu," balas si anak.

"Tapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku," kata ibu itu lagi.

"Saya rasa tidak. Selepas meminta maaf, segala-galanya langsai, ibu."

Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

"Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti."

Tanpa membantah anak itu setuju.

"Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu."

Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. 

"Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?", Ujar si anak dengan bangga. "Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf."

"Betul kamu sudah meminta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu, cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah berlubang, calar, dan 'berkematu'. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya anakku"

Si anak merenung dinding yang berlubang-lubang itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalknya. Begitukan hati-hati orang yang telah aku sakiti?

Pengajaran : Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf  (menghidari diri dari menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. 

******************************************************************************


Alahai comel betul converse socks dengan angela dolls kat hhtotsworld.
 Ada banyak lagi barang2 baby semua comel2 belaka. Baju, bantal bentuk pizza pun ada, mainan, geram je nengoknya. Sapa ada anak kecik memang patut la cuci mata kat hhtotsworld.

Visit
contact : 019-387 2216 for special price =)

Comments