Entry 18SX

Haaaa, semua excited nak baca cerita 18SX ni, hahaha! Poyo tak sedar diri. Takyah membayang sangat apakebenda 18SX nya ye. Maksud Entry 18SX aku ni adalah cerita orang tua-tua tak lebih dari ittew, kekekeke!

Line internet ni memang dah selalu dapat makian dari aku tau. Tak kisah la secara sembunyi *dalam hati* mahupun terang-terangan. Geram rasa nak masukkan broadband dalam lubang jamban pun ada.  Huhu! Haritu aku ke Tesco ingat nak apply Unifi, sekali adik tu kata area rumah aku belum ada kabel. Aku pun pelik jugak la, kawasan rumah aku tak kan la terperuk sangat kan. Apakah betul.

Rumah aku kan bocor, so call sorang uncle ni untuk repair. Uncle kata area rumah ni ada je kabel. Ramai je guna Unifi. Aku dah...... Eh budak kerja kat Tesco tu, aku fikir dia malas nak cek kot, sebab masa aku dengan Qery tanya tu pulak dah pukul 9 lebih. Dia nak balik sangat agaknya, tu yang cakap je tak ada kabel kan. Cubit pipi tau la. 

Selasa cuti wesak tu, kemain Qery poyo-poyo kata nak jalan-jalan satu hari. Nak pegi sana sini. Nak layan aku bagaikan princess sebab malam tu dia nak main futsal. Sabor je la. Hihi! Ada niat disebalik. Aku dah biasa dah. Kalau dia baik lain macam tu, ada la projek perseorangan yang dia nak buat. Sekali bangun pun dah pukul petang. Aku jeling dia terbungkang tidur. Nak gerak pulak tak sampai hati sebab memang tau dia tak cukup rehat. So biarkan je la sampai dia bangun sendiri. Tau-tau je dah pukul 2 petang. 

Perut aku dah kriuk kriuk kriuk lapar. Sob sob sob. Qery bangun2 je pandang aku tanya kenapa tak gerak. Eleh sebenarnya suka kan aku tak gerak, boleh la dia rehat. Saja la tu buat-buat tanya. Huhu! Terus bangun mandi, kemas sikit-sikit, bersiap nak gi makan. Lepas makan baru kita dating. Dating kat Jusco je ye, jangan banyak songeh. Haha! Sebenarnya dah lama tak karaoke. 


Kalau ada 100 lagu yang Qery nyanyi, semua jahanam. Hahaha! Qery jenis dia tak boleh nyanyi sorang. Kalau ikut-ikut dia boleh. Kalau tak, tempo ke mana, music belum masuk dia dah jalan dulu. Lepas tu konfiden je nyanyi tak rasa bersalah langsung. Aku ada rakam beberapa lagu yang Qery nyanyi, lepas tu dia sendiri tak sanggup dengar. Hahaha! Aku suara tak ada la sedap tapi aku tak ada la main langgar je. Tau la time bila nak masuk semua. Tapi aku tak suka nyanyi pakai mic, sebab aku malu kalau aku nyanyi terkuat sangat nanti orang kat luar dengar. Hahaha! 

Aku kan tak reti sangat pilih lagu yang baru-baru ni. Dah tu dengar radio pun tak. Kalau dalam kereta pun aku tak suka Qery pasang radio sebab rasa semak. Lagu sekarang kan entah apa-apa je kan. Lepas tu iklan tak sudah. Dari hati tenang terus rasa sakitnya hati aku ni. Huhu!


Lepas karaoke, tak ada plan apa pun. Nak kata lapar pun tak. Tapi Qery paksa makan. Dia kata nanti masa dia nak main futsal kalau aku lapar kan susah. Ok la jangan lawan kata somi. *mata ke atas*. Jom la makan kat SR. Kat SR ni dua je menu aku, kalau tak Thai Fried Rice mesti Tom Yam Kung. Sebab tak lapar nasi, kita makan Tom Yam Kung je la.

tadi kata tak lapar, tapi gaya macam pelahap je. hikhok
Balik rumah pun dah pukl berapa. Since parcel minggu tak gaji ni tak lebih 30. Jadi aku boleh la rilex-rilex sikit. Tak payah nak bersengkang mata sangat balut parcel tengah malam. Dalam sejam aku boleh balut 20 parcel. Kalau 30 parcel sejam setengah macam tu la. Jadi boleh je la aku balut hari yang sama. Aku teringat masa aku mabuk teruk dulu, Qery yang tolong balutkan parcel. 


Aku perhatikan dari sofa je sambil baring. Masa Qery balut, mulut aku diam, tapi hati aku berkata-kata. Apa lah perlahan sangat balutnya, hahaha! Sejam tu 10 parcel okey, peluh-peluh lagi. Lepas tu balut main hentam je. Qery tau la cara aku balut macam mana, tapi dia nak buat exactly sama tu dia tak reti. Dah kena aku buat satu contoh dulu. Kalau tabita balut macam mana, kalau set yang ada kotak macam mana, kalau barang kecik-kecik macam mana.. Bila dia tersalah step, nanti dia jeling2 tengok aku perasan ke tak. Hihi! Aku tak kisah pun, yang penting sempat nak pos semua. 

Disebabkan aku dah pos kat tempat lain. Sebab tempat yang aku selalu pos selama setahun setengah dah ramai orang baru yang agak poyo. Kitorang decide pos tempat lain. Kebetulan dekat je dengan area rumah. Jadinya senang sikitla. Bila dah senang, lagi cepatla Qery pegi pos. Sebab tempat tu kalau dah lewat memang hazab gila. Parking susah plus jem. Itu yang Qery kena pergi sana sebelum pukul 5. Selalu sapa-sapa yang order n buat payment pukul 6 atau 7 aku akan pos jugak hari yang sama. Tapi sekarang macam dah tak ada maknanya. Kekekeke!

Tapi bagus jugak la pos awal ni rupa-rupanya. Sebab kau akan ada masa nak buat kerja lain. Dulu kalau tak pos lepas maghrib, balik rumah dah pukul berapa. Kadang2 pukul 9 malam baru sampai rumah. Dah tak boleh nak buat apa dah. Kalau pos awal sebelum pukul 5, Qery balik sebelum pukul 6. Ada la jugak masa nak ke mana-mana.

ig sepetshop masih tak boleh upload gambar. Stress tau. Dah report problem banyak kali pu still cannot. Haih.

Bila perut dah membesar ni kan, makin seram pun ada jugak. Haihhhh.. Dah start bila rukuk n sujud rasa senak semacam. Over betul aku ni. Orang lain aku tengok rilex je. Masa kerja dulu, aku tengok ada akak sorang ni perut besar pun rilex je dia solat. Aku baru 6 bulan dah macam-macam. Haha! Dulu rasa tak sabar nak besar, bila dah besar rasa takut pulak. Boleh ke aku teran nanti. Aku ni dah la pemalu tak kena tempat. kang time sakit tu tiba2 datang malu nak teran, memang nak kena lempang sangat. Haha!

Eiii, atuttttnyeeeee. Aku dah tersapu-sapu Bio oil sejak pregnant 4 bulan tau. Tapi tak ada la hari-hari. Aku memang sedar diri, kulit jenis family aku memang jenis merekah. Takyah nak kata pregnant la. lutut aku pun merekah kat tepi. Hahaha! Lutut okey, tempat tak ada lemak pun sibuk nak merekah. Harap-harap Bio oil ni dapat la membantu sikit. Sekarang belum membesar bagai juara, so far alhamdulillah. Kita tengok nanti 9 bulan macam mana ye. Huhu!

Okay lah. Nak tengok cite kartun kegemaran Chibi Maruko Chan. Byebyebye.
*Qery kata jangan nanti perangai anak macam Chibi Maruko dah la, eleh dia jeles la tu sebab aku tak bagi dia tengok cite Ultraman. Gila tau dah besar tengok cite Ultraman, tak comel langsung. kalau anak ikut perangai Ultraman lagi tak memasal*

Comments

Unknown said…
adore u sepet! please teach me masta!


ayunidati said…
Hihuhuhihihi.... sy suke tengok cerita karton masa prengnent dulu...