Al-Fatihah untuk penumpang MH17

Ya Allah, rasa macam tak percaya betul benda ni terjadi kat negara Malaysia. Macam-macam dugaan kita hadapi untuk tahun ni. Semoga keluarga yang terlibat tabah dan redha dengan apa yang terjadi. Ofkos kita nak kan pengadilan. Tapi apa pun result dia, harap kita semua dapat terima Qada' dan Qadar yang Allah tentukan.

Semalam masa ambik stok, aku lepak lama jugak rumah kawan aku tu. Tapi tak ada la bukak berita ke apa. Kebetulan aku tertinggal fon kat rumah. Balik rumah pun dah pukul 12 macam tu. Terus amik fon sebab nak reply order. Lepas reply bukak la segala notification yang ada. Sekali tengok ramai orang  hashtag prayforMH17. Aku pun macam pelik-pelik, terus bukak Astro Awani 501.

Terkejut bila pemberita bagitau pesawat Mas MH17 terhempas, semua meninggal. Pilunya hati. Masa tu aku tak tau lagi penerbangan tu dari mana ke mana. Pembaca berita pulak bagitau info terhenti-henti. Takpe la paham sebab live kan. Mungkin info yang dapat tu lambat keluar kat skrin ke, entah la sebab tak pernah tau kerja dorang macam mana. Tapi bersyukur la dapat tau maklumat walaupun sikit-sikit pun takpe.

Dah pukul 2 pagi, Qery suruh tidur. Dia cakap takpe esok kita tengok lagi berita. Suruh aku rehat. Pagi ni lepas gosok baju melayu Qery, solat, terus tengok instagram dulu. Cek-cek la kot ada yang berita terbaru. Bila tengok ada gambar orang share sana sini, okay konfem memang betul2 pesawat kena tembak, then semua meninggal.

Allah...... terus aku terbayang family mangsa. Yang nak sambut anak beraya. Yang family ramai-ramai nak balik raya, ada yang keluarga dah lama tak jumpa. Sedihnyaaaaaaaa...

Bukak facebook, ramai la orang share news yang dari Astro Awani punya page. Aku tak mampu nak baca kalau yang sedih-sedih tu. Baca tajuk pun sedih. Ada yang tajuk dia  'Adik mangsa sedih tak jumpa kakak 5 tahun'. Alahai, mesti excited nak balik nak cerita macam-macam, tapi tak kesampaian.



Saat pesawat MH17 terhempas

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Dialah Perancang Dunia dan Akhirat. Semoga kita semua hidup dan mati dalam keadaan beriman. Aminnnn... ='(

Comments

Sheila Salim said…
Assalamualaikum.. Allahurabbi.. sedih baca berita tentang ni. semoga ahli keluarga mangsa tabah menerima pemergiaan org tersayang. Al-Fatihah
kayyana said…
memang sdih sangat sepet bila tau berita nih.. rasa macam nak nangis je... Malaysia diberi dugaan yang hebat tahun ni.. 2kali sepet... semoga keluarga mereka tabah walaupun susah.. rasanya ni lagi sedih dr kehilangan mh370 kot sebab nak raya... sdihnyeeeee T_T
Takziah buat keluarga MH17 ni Sepet.. semoga kita lebih dekat dengan Allah bila diuji ni ..
Kupukupu said…
Takziah buat family #MH17 . Berita tak baik lgi untuk negara kita :(