Puasa Day 1

Pengalaman puasa hari pertama, walaupun hari Ahad tu agak bizi jugak bagi aku, tapi tetap tak boleh lawan semalam punya penat. 

Ahad lepas, disebabkan laki bini tengok bola dan tidur lepas subuh. Jadi bangun pun pukul 10 pagi. Kelam kabut bangun sebab nak kejarkan appointment dengan doktor tan. Kali ni pergi ke klinik dia kat Seri Kembangan. Tutup pukul 2 petang, lepas mandi, kemas2 rumah, basuh baju sidai baju, kitorang pun gerak dan sampai sana pukul 12 tengah hari.

Staff kat klinik dia aku kenal dalam 4 5 orang jugak, sebab semua ex-staff hospital masa aku kerja. Doktor Tan angkut staff hospital suruh kerja dengan dia. Dia select yang bagus2 je la. Huhu! Aku sampai pukul 12 tengah hari tu, dorang kata turn aku lagi 22 orang. OMG sangat. Tak kuasa aku nak tunggu situ. Lepas register aku pesan dengan dorang nanti sebelum jam 2 aku datang balik. Huhu!

Terus panjang akal ajak Qery pergi tengok perabot. Panasnya cuaca haritu, tapi gigih jugak la jalan survey. Tengok sofa, tengok meja makan. Kitorang adik beradik dah sepakat nak belikan barang2 perabut dalam rumah mak. Tu yang semangat kemain aku tengok barang. 

Hantar gambar kat wasap tunjuk sofa, tunjuk meja. Last-last aku tak tahan, terus terbeli kan mak meja rotan letak kat luar. Memang aku nak belikan pun kerusi letak kat luar, sebab terlalu kosong sangat pulak.

Aku malas nak upload gambar, kalau korang nak tau cerita pasal rumah mak renovate, Ceera ada update. korang baca kat SINI

Beli haritu jugak, and mintak orang tu hantar petang tu sebelum berbuka. Aku memang dah biasa beli perabut kat situ, so senang sikit nak deal dengan kakak tu. Plus dapat diskaun *sapa tak suka kan, haha*

Pukul 1.30 terus menuju ke klinik balik. Sampai sana pukul 1.50 gitu. Itupun masih ramai lagi. Turn aku dalam pukul 2.45 camtu. Doktor cek baby dah tak songsang. Timbang berat, test air kencing. Nasib baik semua ok. Oh tak kena minum air gula pun nasib baik. Muahahaha! Suka la kan, sebab aku dengar-dengar air gula tak sedap.

 
berborak2 dengan staff doktor tan
 
Then doktor kata berat baby 2.1kg. Ramai yang tanya aku dah berapa week, baru 34w ye. Masa 6 bulan berat aku 51 kan. masuk 8 bulan terus naik 56kg. Nurse tu dah takutkan aku, dia risau ada kencing manis ke apa kan. Tapi nasib baik takde. Doktor kata normal berat last minit naik. 

Balik tu dah pukul 3.30 camtu. Terus menuju ke pasar ramadhan, dalam pukul 4 lebih hujan turun lebat gila. Cuak jugak aku, sebab sebelum ni puasa kan pernah kejadian kemah terbang. Ada orang maut la apa la kan. Memang kencang sangat angin tu. Sampaikan nak jalan pun rasa kena tolak angin. Huhu! Petir takyah cita la. Kilat banyak kali jugak. Aku dah berzikir je jangan jadi apa2. Huhu!

Balik rumah pukul 6 camtu, laki bini tertidur dekat pukul 7 terjaga. Kelam kabut bersiap nak gi rumah mak mertua. Sebab mak mertua dah bagi ayat bunga2 suruh berbuka rumah dia, pujuk2 nak masakkan rendang ayam. Tak sampai hati pulak tak berbuka sana. Huhu! 


Mak mertua pulak jenis masak awal. Pukul 3 camtu dah start masak. Aku datang mentekedarah je. Nampak sangat menantu hantu. Haha! 

 Menantu yang tak tau malu, datang2 terus makan je. Kekeke!

Tapi berjaya jugak la puasa walaupun rasa penatnya, hausnya, laparnya, huhu! Tak sia2 makan sahur nasi berlaukkan ikan bilis dan 2 biji kurma. Air memang aku minum banyak sebelum tidur.


Aku fikir Isnin tak de la teruk sangat sebab aku buat kerja dalam rumah je, tapi silap tanggapanku...

Bersambung....

Comments

ikin bilis tu nanti dah pantang goreng ngan halia, bawang merah, bawang putih n campur lada hitam..sedap..n terbaik :)
Azida Zuadlif said…
zuhana, nak tanya yang zuhana beli kerusi rotan umah mak tu berapa ye? cantik dan klasik. zaman skrg payah nau nak carik... boleh share?
nora razalli said…
ikan bilis tu mkn ngn nsi pnasa..mmg boleh 2 3 pinggan skaligus :)