Salah info lah pulak

Hihi! Mujur ada readers yang concern tau. Semalam punya entry pasal last day poslaju tu salah ye kengkawan. Aku pun pelik jugak dengan kenyataan tu, sebab selalunya bahasa orang poslaju ni sopan santun sikit. 

So bila cek url yang kawan2 komen kat entry sebelum. Insyaallah ini sahih dari poslaju. 


Aku menasihatkan korang supaya jangan buat pembayaran last minit tau. Takut barang tak sampai pulak.  Aku tak kisah untuk pos barang korang. Cuma risau la barang tu lama kat poslaju, kot terpenyek ke, kena tindih dengan bungkusan berat ke, nanti dapat dah kemek-kemek.Huhu!

Semalam check-up dengan doktor, alhamdulillah tak ada apa. Mak dan baby sihat insyaallah. Semoga sihat la kami berdua walau apa rintangan yang mendatang. Eceaaa.. Hihi! Disebabkan puasa, maka tak ada apa nak cakap sangat dengan doktor, dah letih kan. Lagipun nak kejarkan masak. 

Amboi, semalam iolls masak ok. Mula-mula ingat kalau appointment dengan doktor lambat, kitorang makan kat luar je. Sekali sharp pukul 5 petang setel. Ok boleh la singgah pasar beli kuih2 dan lauk. Tetiba Qery tanya aku larat tak nak masak. Tanpa berfikir panjang, terus kata ok. Hehe!

Sebenarnya kesian kat laki aku ni, sepanjang ramandan aku tak pernah masak pun. Sebab tak larat berdiri lama. Tapi kat rumah ada sardin je. Acane? Nasib Qery ok. Dia cakap nak sardin, ayam goreng, sayur, air milo. Nasib baik senang. Baiklah, jom balik rumah terus.

Itupun masa masak aku dah terketar2 kaki. Aku suruh Qery tidur sebab malam tu tak tidur tengok bola. Pftt. Mengadu pening kepala bagai jadi pegila tido. Malam semalam tidur awal sebab aku rasa penat gila. Tapi terjaga pukul 12.30malam sebab Qery baru balik dari main badminton. Terus reply wasap customer. 

Pastu dah tak boleh tidur sampai pukul 4 pagi. Gerak Qery dia nak tengok bola. Belanda kalah kan. Aku takde sedih pun, walaupun dalam hati berharap Belanda menang kan. Hihi! Wateverla sapa menang pun. Tak ada kene mengena dengan aku. *ayat orang kalah*

Ekceli pagi ni aku nak mintak jasa baik korang, kalau ada yang sudi derma/sumbang rezeki korang. Bagi yang termampu pun takpe, tak kisah berapa amount, kalau rasa tak mampu, share kan info ni pun boleh. Korang tau kan saudara kita kat Palestin keadaannya macam mana. Setiap hari ada yang terkorban. Dari bayi sampai lah yang tua. Kita kat sini happy bersenang-senang, tapi dorang kat sana tengah hebat berjuang. 

 By @haniszalikha "Jangan tunggu orang, KITA tu buat dulu.

Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Gaza semalam dengan sasaran RM5 juta.

Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad ;

Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922

Sila sumbangkan sebahagian rezeki Allah kepada anda ke nombor-nombor akaun berikut. #PrayForGaza #FundForGaza ." via @PhotoRepost_app

Aku tak sanggup nak share gambar yang kena bom semua. Rasa tak sampai hati. Walaupun itulah hakikatnya. Kalau korang nak tengok, boleh tengok kat hashtag prayforgaza tu k. Jangan lupa doakan sekali tau. 

Comments

Unknown said…
xpun blh derma dengan menggunakan sms.caranye taip "Palestin (RM10, RM5,RM3,RM1) send ke 39111.