Kita harini adalah apa yang kita makan dan minum?

Haaaaa, ni bukan nak cerita pasal hutang piutang tau. Ni nak inform aku banyak entry yang masih berhutang kat dalam blog sendiri.

1. Entry Adik Qery Kahwin.
2. Entry Majlis Sambutan Harijadi Izz Qaiser
3. Entry jalan-jalan Taman Burung
4. Entry Cuti-cuti Malaysia

Adui, bukan apa tau. Banyaknyaaaaaa gambar nak kena edit. Masa dah la mencemburui. Kadang2 tu ada masa sikit, so edit la sikit-sikit. Tapi tak pandai-pandai nak habis gambarnya tu. Huhu!

Harini tak boleh nak bercerita sangat sebab banyak kerja mem-filing dah tertangguh. So kita borak-borak sikit je lah ye.

Lately ni aku perasan kat facebook ada macam-macam cerita. Ada gambar orang share sana sini, 1 gambar beribu andaian. Dah beribu andaian tu, beribu jugaklah fitnahnya. Kadang-kadang kita ni rasa nak baca je komen-komen. Tapi last-last kita sakit hati then kita pun terjebak jugak. Huhu!

Uolls, zaman canggih sekarang ni kita kena banyak berhati-hati. Zaman aku pung pang pung pang pun dah berlalu. Zaman boifren girlfren, zaman hu ha sana sini, zaman mulut cakap lepas, zaman panas hati. Biarkanlah ianya berlalu.

Dulu rasa semua benda nak cerita kat dalam blog. Tapi bila makin besar, makin kita paham kebaikkan keburukkan apa yang kita tulis. Tak kira la walaupun tak ada blog sekalipun, apa yang kita cakap tu kalau boleh fikir dulu sebelum keluarkan kata-kata. Kita bukan anak-anak kecil lagi, kita semua dah dewasa.

Satu perkataan kalau salah intonasi dia pun boleh buat orang lain terasa hati. Kan kan. Contohnya, kita dah terbiasa cakap kasar2 dengan family sebab kita tau family kita anggap benda tu sebagai gurauan. Tapi bila cakap dengan orang lain dengan intonasi yang sama, mungkin orang lain tak dapat terima. Macam tu.

Apa yang aku belajar sekarang ni, tak guna kita mengeluh. Tak guna kita suka komplen sana sini. Semuanya dah tertulis rezeki kita macam tu. Aku pernah bagitau dulu kot, kalau pergi kenduri, makanan habis, jangan mengeluh. Anggap rezeki kita tak ada. Kalau makanan tak sedap, jangan komplen. makan je. Sebab yang tak sedap tu lah memang rezeki kita.

Akak aku pernah cerita kat aku, suami dia tak pernah cakap sesuatu makanan tu tak sedap. Sedap tak sedap dia makan sampai habis. Then satu hari masa suami dia pegi Haji, Kebanyakkan jemaah bagitau makanan tak sedap, tak boleh telan. Tapi suami dia pelik sebab apa yang suami dia makan semua sedap.

Ha, kat situ pun kita dah tau apa yang Allah balas. Setiap kali kita redha dengan rezeki kita, mesti akan dibalas dengan kebaikkan. Gitu. Tetiba terasa ustajah sangat. Hahaha!

Haritu aku pernah tengok ada kawan kat facebook share pasal makanan yang kita makan.

Ok situasi dia macam ni lah. Ada dua biji lobak merah. Satu lobak merah tu kita pasangkan ayat-ayat suci Al-Quran. Satu lagi lobak merah tu pulak dipasangkan lagu-lagu yang melalaikan.

Then dorang simpan lobak tu kat satu tempat dalam tempoh yang sama. Sepatutnya kalau dah lobak yang kita letak tempat yang sama, ofkos la effect dia akan sama kan. Tapi bila tengok balik NO NO NO. Yang kita pasang ayat Quran tu elok lagi, tapi yang pasang lagu-lagu melalaikan tu dah berkulat.

Serius???

Lepas tu aku macam tak percaya. Aku ternampak pulak ada omputih ni dia pun buat eksperimen kat beras. Ada dua bungkus beras. 1 bungkus dia suruh anak dia cakap i love u. Satu lagi dia suruh anak dia cakap i hate u. Then aku tak ingat after 1 or 2 weeks later kot, dorang cek balik beras tu. Beras i love u still elok. Beras yang i hate u tu memang berkulat-kulat.

So apa yang korang fikirkan????

Aku terus terfikir. Patutlah orang dulu-dulu marah betul kalau bergaduh depan makanan. Tak bagi cakap bukan-bukan. Kalau makan tu makan je. 

Tapi orang sekarang ni, tengah makan pun sedap mengumpat lagi. 

Tengah minum kat mamak, mengumpat sana sini, lahabau, bab1, cela**, ^&%&^% semua keluar. Then kita minum air yang kita dah sumpah seranah tadi. Then dah jadi darah daging kita. Macam tak logic kan?? Mana boleh masuk dalam air? Memandai2 je Sepet ni.

Ok, kalau macam tu apa guna korang minum air Yasin? Kenapa kita baca Yasin then air tu boleh jadi air Yasin?

This is what i want to tell you. 

Berhati-hatilah dengan mulut kita sendiri. Sekian Ustajah Zuhana. 


Bahahaha! Kbye

Comments

arzmoha said…
betul...sama seperti air yang sentiasa diperdengarkan bacaan al-quran dan kata-kata buruk...ada kajian yang membuktikannya
I am LZ said…
Assalamualaikum Sepet ^_^

Entri ni as a reminder juga kepada sis.. Betul terkesan, kadang2 tak perasan bila syok bersembang masa lunch hour.. Astaghfirullahalazim..

Thanks for sharing..
catt said…
Assalamualaikum Sepet..

Pernah try gak buat kat pokok, memang betul berkesan..pokok tu alhamdulillah hidup dengan baik..hehehe

Skang ni pon cube untuk kurangkan bercakap benda yang tak elok masa makan kt kedai..

Sepet and reader lain,

Berkenaan dengan air ni jugak nak promote sikit, saya and husband agent penapis air COWAY. Untuk September ade promotion. RM120 sebulan selama 5 tahun, free maintenance and service. Hanya tekan and minum. Tak perlu masak air or simpan air dalam peti sejuk. Cepat, mudah dan pantas.

Thanks for sharing Sepet..
Syamimi Saad said…
Lpas ni cuba amalkn.. :)