BIRTHDAY IZZ QAISER YANG KE-SETAHUN.

 Ha, baru setahun dah nak sambut over-over cenggini. Eh suka hati aku lah, tak pinjam duit orang pun. *jeling*, haha!

Ekceli, masa tak kawin lagi, aku pun pelik. Kenapalah nak sambut sampai buat parti bagai padahal budak tu bukan tau apa. Budak setahun pun, memang komfem lah takkan ingat benda-benda macam ni. Ye tak?

Setelah aku kawin, ada sorang kakak ni telah membuka hati aku. Ewah, hahaha! Kebetulan memang aku pun setuju sangat dengan pendapat dia. Umur setahun adalah PERTAMA KALI kita dalam hidup anak kita. Aku memang dari dulu benda PERTAMA KALI ni suka sangat nak ingat sampai bila-bila. Benda yang pertama kali kita nak raikan dengan penuh kesyukuran. Ya Allah, terima kasih sebab pinjamkan Izz Qaiser kat kami sekeluarga. 

Ada orang, tak sempat sambut birthday anak pun, ada orang tu tak mampu pun nak belikan kek untuk anak, ada orang tu anak pun tak ada. Sobs, so aku tersangatlah bersyukur dan apalah salahnya buat kenduri kesyukuran untuk anak sendiri sedangkan kita mampu. Lagipun kan bagus bagi orang makan-makan free, kekeke! Aku memang dah bincang dengan Qery, setiap anak kita yang cecah umur setahun, kita buatlah kenduri makan-makan macam ni lagi. Nanti umur 2 3 4 tahun takyah la, kita sambut dengan family je. Yang penting adalah setahun, so bila anak dah besar, dorang ada lah benda nak dikenang. Semoga yang datang tu, semuanya mendoakan kesejahteraan Izz Qaiser, amin. =)


Oklah berbalik kepada cerita birthday Izz Qaiser ni, kebetulan memang jatuh pada hari raya terakhir. So kitorang pun dah alang-alang tu, buatlah sambutan hari raya sekali. Kitorang invite dalam 200 orang, tapi aku rasa lebih 200 orang yang datang. Goodies untuk budak-budak aku buat 100+, TAK CUKUP okay!! Huwaaa, kesian sangatlah siapa yang datang hujung-hujung tu. Dapat belon je. Huhu!

Goodies buat sendiri, memula ingat nak tempah je. Tapi haritu berjalan ke GM, nampak pulak barang mainan untuk budak-budak, terus beli. Pastu pegi pasaraya borong gula-gula yang murah-murah. Jadilah goodies yang poyo ni, haha!

 
 Aku dengan Izz Qaiser sampai lambat. Pagi tu marhaban ekceli pukul 10 ke 11 aku tak ingat sangatlah. Aku datang masa orang tengah marhaban. Biadap sangat kan, hahaha! Patutnya nak raikan anak kau, kau datanglah awal sikit. Ini tidok, orang dah start marhaban baru nampak kelibat.

Bukan apa uolls, Qery ekceli dah sampai rumah mak dia awal pagi tu, tapi catering sampai lambat sikit. Orang photobooth pun still tengah set up dorang punya tempat. So dia tunggu catering sampai, then baru dia ambik aku kat rumah. Aku sampai-sampai sana terus snap gambar, nak masuk rumah dah tak boleh sebab orang tengah marhaban.

 Lupa nak bagitau, tema kami adalah LEGO. Beli baju pun nak warna ala-ala lego.


 Suka nau main ngan paksunya.

 
 Awal-awal anak murid Qery dah sampai. Qery jemput satu kelas je, tapi ko pepaham lah budak-budak, bila rehat kang dia tanya kawan kelas lain tak pergi ke befday anak cikgu Kay, dah habis semua budak nak datang, hahaha! Aku tak kisah pun, nak datang silakan. Tapi lagi terharu, anak murid dia yang dah tak sekolah situ pun ramai gila datang, ada yang dah sekolah menenah, ada yang dah habis sekolah. Sayang sangat awak kat Cikgu Kay ye. Lelaki pulak tu yang datang, huhu!

 Marhaban dalam rumah



 Dari duduk, sampailah berdiri, hihi!

Habis je, terus aku masuk salam-salam. Masa Aqiqah Izz Qaiser kumpulan marhaban ni jugaklah yang baca doa. So dorang tengok Izz Qaiser kecik sampai lah setahun umurnya.


Alahai makcik-makcik ni, takyah la bagi duit. Segan tau nak ambik. Kita jemput orang datang makan and doakan anak kita yang bagus-bagus je. Hampir semua pulak tu datang masukkan duit kat dalam poket Izz Qaiser. Semoga murah dan mencurah-curahlah rezeki dorang semua. Amin.

 Sesi bergambar.


 Lepas marhaban, terus pelawa dorang makan. Dah tengah hari mesti perut dah kriuk kriuk kriuk, huhuh!

 Snap gambar dengan mak mertua pulak.

Alololo, so sweet Qery peluk-peluk mak dia, auw! =P

Sementara tak ramai orang lagi, baik kita snap gambar kat sini, kang dah ramai kang sibuk nak melayan tetamu.





Ini semua kita tempah tau, bertuahla kalau aku buat sendiri. Manalah kreatif sampai cenggini sekali kan. Sujud syukurlah Qery kalau isteri dia serba boleh, hahaha!











 Banyak lagi, malas nak edit gambar dah, huhu!

 Andak adalah orang pertama (keluarga belah aku) yang sampai. Hoih datang awal ni mesti sebab dah lapar kan, hahaha! Datang-datang terus makan, memang terbaik sangat. kekeke!


Kitorang ada jemput badut jugak tapi badut ni just buat belon je lah. Budak-budak kan suka belon yang kartun-kartun tu.

 


 Masa ni dah ramai dah, tak putus-putus orang datang.

Tapi kebanyakkanya aku tak kenal sangat, kawan-kawan FIL, jiran-jiran kat situ, kawan-kawan Qery. Manalah aku kenal sangat, ada yang kenal tu berapa kerat je.

 Budak dah pandai jalan. Hihi! Qaiser 11 bulan dah boleh jalan sikit-sikit, bila setahun tu memang nak jalan jelah dia.


 Suami isteri poyo.



 Pembuli. Huhu!

 Ya Allah, makanan dia sedap gila. Kawan-kawan aku yang datang semua tanya sapa masak. Aku bagitau lah aku masak. Tapi aku sendiri pun tak percaya aku masak, hahaha! Eh opkos lah abang n kakak catering kesayangan kita KHAFA CATERING, klik kat situ aku pernah buat entry pasal dia dulu.

 Meriah sangat masa ni, budak-budak sampai beratur lah nak snap gambar kat photobooth, huhu!


 Kak Murni, kakak angkat Qery.

 Ha nampak tak budak lelaki baju putih pakai spek tu, dia tu bekas anak murid Qery jugak, sanggup kau datang, haha!

Bila dah ramai-ramai budak datang, kitorang pun apa lagi. Jom lah potong kek.


 Habis je nyanyi lagu, berjujuran air mata anak aku, terharu ke apa tak tau lah, haha!




 Suh tiup lilin taknak.


 Terpaksalah makpaknya yang tiupkan. Susah pulak nak padam, habis kembong2 pipi i, huhu!

 Guru Besar Qery pun datang.

 Anak murid cium tangan, hewhewhew!



 Oh Syah adik ke dua Qery takde, dorang pegi honeymoon. Baru kawin lah katakan. Hihi!



 Masa ni Izz Qaiser dah tertido dah.


 Mak and mak sedara Qery.

 Ode baru sampai. Dia cakap kat aku, Ode pegi rumah kau tengok tak ada orang. Ingat buat kat rumah ko, huhu!

Uish, memang tak la buat kat rumah aku. Nak parking pun boleh buat gaduh tau. Punyalah susah and sempit. Kalau rumah mertua senang sikit, sebelah sana ada jalan raya besar, boleh parking tepi sana. Kitorang pun ada upah Rela jagakan parking.

 Kaklang sampai bersama-sama Ode.


 Kak Ida kawan sekelas dengan Qery kat UPM.

 Sepupu Qery.



 Mak n mak mertuaku. Hihi!

 Kawan aku 3 orang je yang datang, hahaha! Jadiklah. Syikin, and Izzah. Dorang ni single lagi, silakan ngorat.

 Burn cikgu satu sekolah dengan Qery.


 Dalam rumah ni semua family belah aku. Semua anje anje nak makan kat dalam rumah, nak makan tempat ber ekon. Huhu!

 Kak Nur kesayangan. Dialah yang buat hiasan majlis Izz Qaiser. 


 Inilah salah sorang kawan aku yang datang, Ain. Geng sama-sama belajar kat MSU. Dia ni paling aku sakit hati masa belajar. Dia boleh hafal satu subject tu tak sampai 30 minit. Kiranya memory dia memang kuat sangat. Aku pulak jenis slow, aku tak boleh and lemah sangat bab mengingat lagi-lagi menghafal. Bila nak exam tu, dia mula lah sibuk hafal kuat-kuat luar kelas. Aku selalu sound dia "Ain ko boleh senyap tak? Stress betul aku dengar", hahaha!

Haih, meriah sangat lah majlis kali ni, air sampai tak cukup padahal dah 2 kali buat. Kelam kabut orang catering tu pegi kedai beli ais. Haha! Goodies pukul 2 lebih dah yilek, padahal majlis sampai pukul 4. Tapi sampai manghrib pun orang still datang. Huhu!

Makanan tinggal laksa je. Yang lain habis.

 Bergambar dengan mak sebelum mak balik.

 TQ Kak Nur, since saya bertunang, kawin belah saya and Qery, majlis buaian berendoi, and sampai sambut befday Izz Qaiser pun Kak Nur sanggup buatkan. Nak melayan Qery punya taste bukan senang uolls. Qery ni Mr Cerewet. Dia nak apa yang dia fikir tu mesti jadi and paling tak pun sedaplah kat mata dia. Padahal isteri dia sendu je kan, hahaha! Kak Nur ni je lah yang sanggup layan kami suami isteri and anggap kitorang ni macam family dia jugak. Qery mengada-ngada nak macam tu macam ni pun dia layan jugak, huhu!

And Thanks Khafa Catering, since bertunang, kawin belah Qery, majlis aqiqah Qaiser, and majlis befday, tak pernah masak tak sedap. Semua sedap-sedap belaka. Selalu bagi lebih dari yang di pinta, Tq jugak hantar pekerja yang ringan tulang. Hihi!

2 orang ni memang aku suggest sangat kat korang, sebab selama ni tak pernah lagi menghampakan aku. Hihi! 

Nak kawin call Kak Nur. 0122559769
Nak catering call Khalid. 013-664 6300.

Pernah buat review untuk dorang dulu. KLIK SINI.

TQ semua yang sudi baca. Bye.

Comments

Anonymous said…
bestnyer lahai buat birhtday ramai2 gini kan..bilalah dapat merasa buat kat anak sendiri..
comel sangat sangat sangat sangat sangat!!!!
Han Hanni said…
Comel la tema lego..menarik sangat..
Honey said…
Besday anak setahun x celebret pun. Kena pi kursus pastu ntahlah, kami mmg sibuk suami isteri xdan. Kesian anak
Super Nia Hana said…
tersembur ketawa part anak menangis berjujuran airmata ms nak potong kek
aaahahaha
Atie said…
Saya dan suami pun buat kenduri kesyukuran untuk kedua2 anak bila umur mereka genap setahun:)
nini said…
Wah dah setahun......tahniah izz....eh happy belated besday....b soleh boy okay