CARA KEKALKAN MOMENTUM PENJUALAN

 

Harini nak share beberapa tips cara kekalkan momentum penjualan. Ramailah orang yang tanya sepanjang aku berniaga ni, macam mana nak bagi sale tu lebat je. Macam mana nak ada customer baru, macam mana nak bagi regular customer masih membeli dengan kita, macam mana nak dapat customer yang tak banyak ragam. Eh? Itu kita tak boleh pilih-pilih la sayang, hihi! Setiap customer yang datang tu rezeki dari Allah. Kalau kita dapat yang senang nak di layan tu Alhamdulillah sangat, kalau yang susah tu, layankan je sebaiknya. Gitu.

Segala apa yang kita buat tak kisah la berniaga apa pun, mesti ada konsistensi yang berterusan. So bila dah konsisten, benda tu akan jadi satu tabiat yang positif. Ada orang ada masalah konsisten ni. Jangan lah sampai nampak orang lain dah berjaya then baru kita nak tiru apa yang orang dah berjaya tu buat, padahal kita yang berbisnes dulu. Ha gitu.

1. Jaga Hubungan.

Ha yang ni memang lah yang pertama sekali. Jaga hubungan dengan Allah, Ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan, customer, and semua orang. Ini adalah kunci pertama yang kita kena hidupkan. Walau sekuat dan selebat mana pun plan strategi and marketing kita, tapi kita tak jaga hubungan ni, memang takkan menjadi apa pun. Kalau nak rungkaikan satu persatu pasal hubungan ni, memang panjang gila. Jadi kita ringkas macam ni je. Korang kan pandai, boleh fikir lebih jauh apa tu jaga hubungan. Jangan gaduh-gaduh. Maaf memaafi je lah, sentiasa mengalah, kalau marah kita diam, jangan cepat terasa hati. Buat tak tau kalau tak suka sesuatu. Kita yang tentukan kehidupan kita, pilihlah dan hidup dengan bahagia.


2. Pastikan Ada Matlamat

Ini pun tersangat penting. Ada orang dia tak ada matlamat. So dia tak tau apa yang dia nak capaikan. Kalau ada sale, dia bersyukur, kalau tak ada sale pun dia tak risau. So sale dia pun makin lama makin surut. TAK SUKA KAN. Ok, lepas ni mesti ada target and matlamat, pastikan matlamat kita tu seiring tindakan, keazaman yang sungguh-sungguh. Kesungguhan yang tak berbelah bagi. Kukuh pendirian, jangan dengar kata-kata dari orang yang gagal atau dari orang yang tak sama bidang dengan kita.

Sehari mesti target something. Macam aku dulu, sehari aku target paling kurang 50 parcel. Selagi tak keluar 50 parcel, aku keep iklan mana-mana, update sana sini, keluarkan testimoni. Fikir strategi and idea lain dari yang lain, sampailah aku dah dapat capai target. Ada orang dia suka letakkan sales jualan, satu hari dia nak penjualan atau keuntungan dia RM1000 ke atas. So selagi tak dapat amount tu, dia kerah lagi usaha dia. Macam tu. Kita memang PERLU ADA TARGET baru kita boleh tau sampai mana kita boleh buat, kita mesti CABAR diri kita sejauh mana usaha kita boleh pergi.

3. Bila Dah Mula, Jangan Berhenti.

Kita dah buat keputusan untuk berbisnes, jangan mula-mula je bersemangat. Dah sampai pertengahan jalan then kita surrender. Bila kita dah buat keputusan atas sesuatu, kita mesti pastikan kita buat sampai habis. Contohnya, dah beli stock banyak-banyak. Mula-mula je semangat jual, sehari dua, seminggu dua tengok tak ada orang beli terus rasa nak stop. Tengok balik kenapa barang tak laku. Tengok balik tips no 1 and tips no 2. Kita dah buat tak yang tu. Nak bisnes bukan semudah ABC, kalau ada usaha, kalau kita yakin rezeki Allah, kita akan tau kenapa rezeki tak sampai-sampai kat kita.

4. Jauhi Perangai Hangat-Hangat Tahi Ayam.

Ha ini pun sama, jangan la senang putus asa. Masa nak start bisnes tu, banyak sangat berangan, asik syok sendiri membayangkan ramai orang beli barang kita. Memula je bersemangat waja. JANGAN ada perangai macam ni. Berniaga bukan semanis yang disangka, tapi bila ada usaha, bisnes tu lah antara yang termanis yang kita pernah rasa. Kalau nak momentum yang berkekalan perlu ada komitmen dan pengorbanan daripada DIRI KITA SENDIRI. Kalau kita tak sanggup pun nak berkorban, susahlah kan.

5. Berkawan Dengan Orang Yang Bersemangat dan Berjaya.

Dulu mak-mak kita pesan, kawan dengan semua orang. Hihi! Yelah dulu zaman kita kanak-kanak, kebanyakkan kita hati suci sangat. Pagi gaduh, jap lagi rehat masih makan sama-sama. La ni takyah cita lah, gaduh sikit kita block, kena perli kat facebook, canang kat blog perli-perli sana sini. Hahaha! Sekarang ni memang kena kawan dengan semua orang, tapi rapatlah dengan orang berfikiran positif, yang selalu support kawan-kawan. Jauhilah kawan-kawan yang negatif ni, yang tak boleh tengok kita berbisnes, yang sakit hati tengok kita senang sikit. Kita ni mudah terpengaruh dengan environment kita, banyak benda negatif, then kita pun mesti akan terikut-ikut.

6. Cari Ilmu

Kalau kita rasa ilmu bisnes kita tak cukup, pi belajar. Sekarang ni ramai orang banyak ilmu, ramai jugak yang buat kelas ilmu. Ilmu ni kat mana-mana boleh cari, tapi kalau berguru lebih bagus. Sebab kita pun paham, bukan semua ilmu yang kita baca tu boleh pakai. Mesti ada guru yang boleh bawa and tunjuk ajar kita arah mana yang bagus, mana yang kurang bagus. Beli buku-buku marketing, beli buku yang boleh gain semangat korang, baca buku tokoh-tokoh Islam yang berjaya dalam bisnes. Semangat pun perlu di cari, semangat kita kadang2 naik, kadang2 turun. Benda tu normal sebab itulah sifat manusia. Tinggal kita je lah yang boleh ubah semangat tu dengan cara kita.

7. Banyakkan Berdoa.

Doa ni memang WAJIB lah kan. Antara usaha lain yang kita boleh buat, kalau dari 1 sampailah 6 kita dah buat bersungguh-sungguh, tapi masih lagi suam-suam kuku, kita kena mintak kat Allah. Sebab rezeki memang datang dari Dia. Buat lah Dhuha. Solat Tahajjud. Fikir balik apa salah kita, ada tak kita berhutang kat orang, ada tak hutang ptptn yang kita liat nak bayar balik. Ada tak kita lupa nak sedekah kat mana-mana. Zakat bayar ke tidak. Ha gitu.

InsyaAllah kalau korang buat semua tips kat atas ni dan yakin dengan janji Allah, korang boleh berjaya. Amin. Nak berjaya, tak boleh banyak alasan, tapi kena banyak usaha. Aku sentiasa doakan kita semua berjaya sama-sama dunia akhirat. =)

Comments

Amyz! said…
Tips yg sangat bagus utk orang yg baru-baru nak start bisnes. Mudah-mudahan kita sama2 berjaya dalam bisnes. Amin.. :-)
ibuhebat said…
TQ for sharing tips yg sangat best ni!
Etuza said…
terima kasih tip2 ni ya