TIPS ANAK RAPAT DENGAN BAPAK

 Eiii, baru anak satu dah sibuk bagi tips, hahahaha! Biarlah, aku nak feeling anak 10 orang ni, korang layankan je la okay, hihi!

Dulu, masa Izz Qaiser kecik (3 ke 6 bulan), dia kurang sikit dengan Qery. Aku rasa biasalah tu. Anak yang nyusu badan ni dia lebih nak kan mak dia. Bukanlah maksud aku dia taknak langsung Qery, ok je dia dengan Qery, cuma kalau ada aku kat rumah tu, dia mesti nak aku jugak. Ha gitu.

So, aku taknak lah dia rapat dengan aku je. Anak sama-sama, kita rapatlah sama-sama. Plus anak lelaki ni dia akan lebih bijak dan lebih aktif kalau selalu main-main dengan bapaknya. Otaknya akan lebih cergas, lebih cepat belajar, gitu.

So aku selalu pesan kat Qery, setiap hari MESTI luangkan masa untuk main dengan Qaiser, main lah bola ke, ajar dia sambil tengok gambar ke, nyanyi sama-sama ke, tengok bola sama-sama ke, suap anak makan, share makanan dengan anak, main keletek-keletek. Tak kisah la apa pun. Hahaha!

Kadang-kadang, lepas balik sekolah. Qery akan dukung Qaiser bawak jalan-jalan kat depan rumah, cari cat, cari serigala, cari bird. Kalau malam pulak cari moon, tunjuk lampu sana sini. Gitu. Bab mengajar anak memang aku serah kat Qery 100%. 

Qaiser 8 bulan dah tau tadah tangan baca doa, dah tau cara main car. Sekarang ni dah tau banyak benda, semua Qery yang ajar. Aku perasan, kalau aku yang ajar, dia sambil lewa je. Dia dengar jugak, tapi tak se fokus kalau Qery ajar la. Sebab Qery ajar suka dengan gaya-gaya over gila. Kalau dia ajar alif ba ta. Sebut Ba tu kita sebut Ba je kan. Dia Bbbbbbbbbbbaaaaaaaa sambil terkeluar-keluar air liur. Hoih! Suka la Izz Qaiser tengok tergelak2 dia.


Qery jenis yang suka bergaya kemas-kemas kan. Semua baju dia bergosok hantar dobi. Eh aku tak kuasalah nak gosok baju dia, hahahaha! Sehari tukar baju 2 3 kali. Baju kalau kedut sikit je pun nak kena gosok balik. Pftt. Then anak dia pun cenggitu. Kadang kalau aku pakaikan baju entah pape kat anak dia. Jap lg tetiba dia akan tukar balik, haha! So baju Qaiser, kalau nak pegi mana-mana, aku siapkan, then Qery akan double check ok ke tak. Hoih!

Tak tau lah, tapi Qery memang bapak penyayang kot. Walaupun dia balik kejap, penat macam mana pun, dia akan main kejap dengan Qaiser. Ajar anak dia sikit-sikit. Gitu.




Anak manja bapaknya. Sekarang ni aku dah takyah suruh Qaiser pegi kat Qery. Dia yang akan gedik-gedik bila nampak Qery balik. Kalau keluar jalan-jalan kat shopping complex pun, Qery yang banyak jaga anak. Masa makan, aku akan makan dulu and dia akan bawak anak jalan-jalan. So aku memang makan dengan tenang lah. hahaha!

Kalau kat luar, memang automatik Qaiser suka melekat kat Qery, sebab Qery lebih banyak melayan dia. Aku kan mak, mak kan lemah lembut. Auw! Saja ngelat tak nak buat kerja berat, hahaha! So Qery memang banyak melayan anak dia. Masuk kedai game lah, masuk kedai mainan lah, ke sana ke sini. Gitu. Aku lek lek memerhati dari jauh.


Macam aku dulu, aku selalu puji Qery depan Izz Qaiser, Pegilah kat daddy, daddy best. Daddy pandai buat itu, ini. Daddy suap sedap. Daddy ada mainan, daddy nak ajak jalan-jalan. Ha sampailah budak tu nak kat dia. Kita isteri-isteri pun memain peranan jugak.
Kita pun kena selalu puji suami kita. Kalau malam-malam tu, cakap lah pandai dia jaga anak. Tengok tadi anak happy je main dengan dia. Ada suami orang lain tu tak nak pun main dengan anak, balik balik terus buat hal sendiri main fon. Tapi suami kita bagus, penat macam mana pun mesti curi masa main dengan anak.

Suami kita pun kalau dah hari-hari dapat pujian, mesti dia pun happy nak main dengan anak-anak.

So itulah tips dia. Kalau kita nak anak rapat dengan kita. Kita yang kena mulakan. Anak tu dia memanglah kalau boleh nak berkepit dengan mak je. Tapi bapak-bapak mestilah tau ambil hati anak sendiri. Harini mungkin tak jadi, cuba lagi esok, cuba lagi lusa. Gitu. Janganlah cuba harini, budak tu taknak then terus ingat budak tu taknak ngan kita. Itu bapaknya yang malas jaga anak. Hahaha!

Seronok tau kalau tengok anak-anak rapat dengan suami jugak. barulah kita boleh feeling bahagia satu family.

Comments

yana2605 said…
kann..so bila kluar senang kita nak mkn sebab suami yg akan layan n suapkn anak..huhuhuhu.. suami sy mmg garang dgn ank..sikit2 nak marah tp dia la yg buat susu ank..basuh berak anak..mandikan anak..bg makan anak..so wpun bapaknya ask marah..salah sikit je marah..tp ank tetap nak kt dia...klu dia tau abah dia btul2 marah nnt dia akan gie kt abah dia..tepuk2,mcm pujuk abah dia..huhuhu..
Metrobestmom said…
so cute la your aon