Next Event : Plaza Angsana Johor (4 - 6 March 2016)

Ya Allah, lamanya tak update. Bukan taknak update tau, tapi dia punya penat tu buatkan aku malas betul nak bukak komputer. Mengadap skrin handfon ok lagi, huhu! Tapi nak duduk bertenang kat kerusi lama-lama susah sikit lah. Kang tetiba anak aku menyelit bawah meja komputer berselirat wayar ni. Huhu!

Haritu ada permintaan warga Johor mintak kita bukak booth kat JB kan. Ok lah Kak Sepet toraiiii. Hihi! Walaupun perut dah 8 bulan nak masuk 9 bulan, Kak Sepet sanggup turun Johor tau. Haaaa sapa tak datang memang sentap mak nak. Kekeke!

Bukan apa uolls, kali ni kat sana kita akan bagi MACAM-MACAM HADIAH kat customer Seqy Beauty. Apa yang kitorang plan untuk customer di JB?

1. Setiap hari akan ada 10 goodies untuk 10 customer terawal. Maksudnya 3 hari 30 goodies lah ye. Hadiah dia opkos lah menarik tertarik kedebabom kan. =P

2. Setiap pembeli akan MENANG HADIAH CABUTAN BERTUAH! Eh bestnya! Dah la beli dapat jumpa Kak Sepet yang gojes ni *kahkahkah*, dapat lagi hadiah dari Seqy beauty. Paling-paling koman pun korang dapat lah sample Cleanser atau sample BB Brown. Ok la tu kan, sapa nak bagi. =P

3. Pelbagai kejutan menarik menanti. Ha apa tu? Yang tu orang yang betul-betul bertuah datang tepat pada masanya yang akan tau. So mohon berkampung kat Plaza Angsana tu, lalu lalang depan booth Seqy Beauty patjutakali sehari. Sangatlah tak ada kerja kan. haha!

4. Yang terpaling latest! Crew dari Radio BEST FM akan datang ke Pentas Plaza Angsana and bagi HADIAH DARI SEQY BEAUTY kat sesiapa yang dapat jawab soalan MUDAH contoh team Seqy pakai baju warna apa, sebutkan salah satu nama produk Seqy, gitu. Crew Best FM ni kita datangkan khas untuk bagi hadiah dari Seqy je tau... Rugilah korang tak datang.

Jap kita bagi korang tatap gambar poster dulu. 


Ok semua. boleh snap pic ni sesiap simpan dalam fon, senang korang nak refer nanti. Hihi! Kalau korang selalu dah pegi Plaza Angsana, masuk2 pintu je terus toleh belah kiri. Booth kami area situ je. A12 A12 A12.


Bukan nak promote peniaga booth lain tau. Haha! Tapi dengar-dengar banyak peluang pekerjaan dibuka kat sana. Tak silap 500 peluang pekerjaan kot. Sesiapa yang tak dapat kerja lagi, ada yang lepas SPM tu ke, atau ada Diploma atau Ijazah, bawak terus korang punya Resume, pakai baju kemas-kemas sikit eh. Pastu singgah sekali beli produk Seqy Beauty. Hihi!

Follow Instagram Kak Sepet sekali meh.
@sepetnoh
Boleh tengok apa lah hadiah yang Kak Sepet beriya-iya nak bagi tu. (>_<)

Jangan lupa datang ye. 
4 hingga 6 March!
Plaza Angsana JB
10 pagi - 10 malam
Booth A12.

Sayang korang! Muah!

Comments

Unknown said…
Masa ni la nak jumpa blogger gojes ni..kan? rugi sapa tak pi...hehe
raihanah said…
untung sapa pi ni