Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 16, 2017

Clearance Stok BB Cream Seqy!!

Sales yang dinanti-nanti oleh pencinta BB Cream Seqy Beauty, haritu masa aku buat Sales Merdeka DUA HARI, kemain cam onggila dah aku packing parcel dekat SERIBU okay. Dengan masa tu perut memboyot. Memang dah sarat tapi suatu kegigihan membalut parcel semua customer sampai 4 hari berturut tak rehat. Huhu!

Jap bagi korang tengok semula Sales Merdeka haritu.











A post shared by Sepet Noh (@sepetnoh) on


Kecoh sangat opis seminggu tu. Dengan bersepah tak tau nak duk kat celah mana dah. Opis dah la kecik sekangkang kera, parcel berlambak. Sampai abang poslaju kena paksa datang petang lewat-lewat sikit sebab kitorang nak balut banyak. Huhu!

Lepas je sales Merdeka tu, ramai gak la minta repeat balik promo. Alalalala, sorry tau. Memang tak dapek dah la promo camtu. Tak tentu lagi tahun depan ada ke tak. Ini pun kita buat setelah TIGA tahun Seqy kat pasaran. Maybe lagi TIGA tahun la kot baru ada sales gila camtu. Huhu!

Tapi SEKARANG kita nak buat CLEARANCE STOK untuk produk BB CREAM code Fair dan Natural. Kenapa??

Sebab kita nak keluarkan packaging baru. Kita nak habiskan packaging lama. So lepas ni tak ada dah botol camni.


Kita nak habiskan packaging ni. 

Clearance Sales bukan sebab dah nak expired tau. Expiry date BB Cream Seqy lama lagi. 

Tengok sendiri. Lama lagi kannnn.. huhu!


Kita stick dengan harga ni sampai stok habis ye uolls. And stok memang tak berapa nak banyak. Jadi korang kena cecepat grab, beli dua terus. Jimat sangat dan terlampau berbaloi kalau beli dua.

Beli 1 Jimat RM5.
Beli 2 Jimat RM20

Cecepat uolssssssss..

Contact HQ : 01121076726 atau 0182723237
atau Contact Stokis/Agen/Dropship berdaftar Seqy SEKARANG!!

<3 br="">

Oct 12, 2017

Lahirnya Aisy Yurika Binti Khairi Fizairi =)

Tanggal 2 Oktober 2017, genaplah 40 minggu aku mengandung anak ke-tiga.

Anak pertama - 40 minggu 5 hari (induce)
Anak kedua - genap 40 minggu
Anak ketiga - genap 40 minggu

Dimanakah faktanya beranak rapat anak cepat keluar? Dimana uolss...dimanaaaa...hahahaha!

Actually fakta ni boleh pakai la kat certain orang, tapi maybe bukan family aku. Sebab mak aku 9 orang anaknya, semua lahir cukup bulan atau terlebih bulan. Jadi harapan untuk aku mengandung kurang dari 40 minggu tu mungkin ada tapi tipis. Hahaha! Bersifat keturunan mungkin. Doktor pun cakap macam tu. Tak kisahlah asalkan anak sihat syukur selalu, ye tak. Huhu!

 Beranak Luth Runako la paling berat sekali. Capai 60 kilo. Haha! Paling ringan masa ngandung Aisy Yurika, nak bersalin tu berat baru 56kilo. Walaupun nampak macam Pregnant ke tiga beso je dalam gambar, hakikatnyaaaaa aku pun tak tau lah. Haha! Aku pun rasa besar perut, tapi bila timbang, eh eh paling ringan pulok. Lantak sana.

Pengalaman mengandung Izz Qaiser, Pengamalan mengandung Luth Runako korang boleh klik kat nama dorang tu, kot la nak baca, kekeke!

Malam Isnin tu, memang tak boleh tidur. Tak boleh tidur bukan sebab sakit contraction ke apa. Tapi sebab sakit kaki. Bila jalan sikit rasa urat kat peha tu tarik lain macam. Huhu! Sebelum ni pun memang dah sakit camtu tapi tak kerap. Sehari mungkin 2 3 kali. Tapi malam tu aku langkah 10 tapak je sakit, jalan lagi 10 tapak sakit. Pelik gak tapi cam redho je lah.

Lepas subuh baru dapat tidur kejap. Bangun pukul 8.30 sebab Qaiser dengan Runako memang bangun waktu camtu.

Bagi dorang minum susu, kemas rumah sikit-sikit. Bagi tengok kartun dulu, macam biasa pukul 10 baru mandikan dorang. Haha! Then pukul 11 lebih, erm agaknya lebih kurang 11.30 la kot. Aku perasan macam sakit senggugut. Kerap gak 5 minit sekali.

Pengalaman nak beranak Runako pun senggugut gak, tapi ada keluar darah sekali. Yang ni takde darah apa cuma senggugut je. Cumanya senggugut ni rasanya kuat dari Runako dulu.. Okay lah lek lek lagi.

Bagi bebudak main basikal kat luar dulu. Dalam hati tu, kalau beranak kejap lagi, atleast dah hiburkan hati anak-anak untuk harini. Haha! Sementara tengk dorang main tu, tahan la sakit senggugut. Then wasap Qery, bagitau dia rasa sakit macam Runako dulu.

Tapi takyah balik lagi, sebab aku nak tengok betul ke sakit tiap 5 minit, kalau dah sejam sama jugak baru suruh dia balik. Huhu!

Tengok jam pukul 12.30, suruh Qery balik. Sebab kali ni sakit dia kuat sikit. Tapi still la boleh tahan. Macam skala 1 ke 10, masa Runako skala 1, masa Yurika skala 4 gitu la. Qery sampai rumah sebelum pukul 2. Suruh dia hantar anak rumah mertua dulu. Then kami bersiap-siap keluar rumah terus.

Sempat ambik gambar, nak buat kenang-kenangan sebelum beranak. Konfiden je aku nak beranak haritu gak kan. haha!

Keluar rumah jam 2.30 petang. Aku cakap jom gi makan dulu kat Tesco. Kalau beranak ada la tenaga nak push. Sampai Tesco lebih kurang pukul 3 lebih. Order claypot, makan sambil tahan sakit. Haha! Qery pergi repair tali jam dia. Kena tunggu lebih kurang 30 minit. Masa tu dekat pukul 4 kot. Aku cakap kat dia, tak boleh tunggu la 30 minit. Jom la pergi hospital terus. Sempat la aku beli roti buat bekalan. Pengalaman sangat kat spital dapat makanan lambat lepas beranak. Lapar dia tak boleh bla kot. Tu yang siap sedia dah roti.

Yang si Qery pulak beriya cakap aku tak bersalin kot harini. Sabo je lah. Macam lah dia yang tau rasa sakit tu macam mana kan. Aku cakap kalau beranak harini bagi aku sejuta. Hahaha! Terus dia cakap bersalin harini. Kekeke!

Sampai spital jam 4.30. Aku naik ward, sementara tu Qery cari parking. Aku cakap nak cek bukaan je. Sakit dari jam 11.30, tapi kalau belum bukak ke atau perasaan aku yang over ke, haha! Yelah kan, kadang tu risau la kot perasaan aku je. Nurse cek, dia kata............ dah 6cm ni puan.

OMG gelak tutup mulut je lah yang aku mampu. Sekurangnya dah 6cm. Nak kena tunggu lagi 4cm boleh beranak dah. Hihi! Pukul 4.50 nurse pecahkan air ketuban, masukkan drip untuk cepatkan bukaan. Aduhaiiii contraction dia terbaik okay, hahaha! Aku tak tengok la jam pukul berapa, tapi terasa lamaaaa woiii. Bila nak 10cm ni. Qery cakap aku dah berpeluh-peluh dah.


Aku cakap kat nurse, boleh tak nak ambik ubat tahan sakit, nurse cakap boleh tapi sebelum tu dia cek dulu berapa dah bukaan. Kalau ada peningkatan tak perlu ambik ubat. Okaylah... Nurse cakap dah 7cm. Sedut gas je lah.

Satu je aku tak suka sedut gas ni, haus gila kot. Tekak kering cam tak minum 10 hari. Tapi gagah jugak la sedut sebab dah sakit kan. Hahaha!

Aku rasa sebenarnya dah bukak 10cm, tapi nurse suruh tunggu jap doktor tengah pakaai baju, haha! Sabor je lah. Tapi aku suka nurse yang jaga aku malam tu. Dia tak bagi aku push sebab nak suruh aku simpan tenaga. Nanti sekali push je terus keluar. Gitulah.

Jam 6.38pm, doktor sampai je, terus push and terus keluar anaknya. Dengarlah suara nyaring Aisy Yurika. Anak-anak sebelum ni keluar nangis sikit je. Runako langsung tak dengar suara. Haha! Yang Yurika ni kemain lagi suaranya. Dasar gegirl ke apa ni. huhu!


Pengalaman paling sekejap kat labour room. Kiranya start dari pecah ketuban and masukkan drip tu, tak sampai lah dua jam menahan kesakitan yang amat tu. Kalau sakit contraction dari jam 11.30 tu boleh tahan lagi. Still consider anje-anje la. huhu!

Syukur sangat tak lama. Qery pulak kata yang kali ni beranak aku nampak rilex sangat. Padahal dia tak tau aku tahan sakit bagai nak gila.Dia buat lawak pun aku rasa nak maki je. Hahaha! Masa nak push tu, aku pegang tangan Qery, selama ni aku tak pernah pegang pun tangan dia masa nak beranak. Hanya memegang besi besi katil je. Hahaha!

Kali ni aku pegang la tangan dia. Masa push tu tak tau la apa jadi kan. Dia kata tangan dia sakit gila aku genggam rasa nak tercabut. kekeke! Nasiblah....

Lepas beranak tu kena tolak masuk ward. Aku ambik pakej (3 hari 2 malam), so Rabu tengah hari tu boleh keluar. Tapi aku ni jenis yang tak suka duk spital. Selasa tu bagitau Qery nak balik. Macam-macam alasan la aku bagi. Susah nak mandi la, boring la, apa la. Haha! Petang tu lepas mak mak datang melawat, lebih kurang 5.30pm balik lah kami.

 
 Gambar ni korang komen terus kurus la apa lah kan. Haha! Eiii ada la buncit tu sikit. Aku pegang perut lepas bersalin, OMG scary sebab ada satu tempat tu benjol keras nau. Nurse cakap biasa kak, rahim tengah bengkak lagi tu. Maklumlah, Lahirkan Qaiser dengan Runako pukul 2 pagi. Lepas lahirkan dorang memang terus tido. Esoknya bangun rahim dah kurang bengkak, so tak perasan la perut bengkak ke apa. Ini lahirkan Yurika petang, mata tak ngantuk lagi, duk belek perut semua. Tu terkejut pegang perut keras semacam. Nasib nurse kata biasa. Kalau tak cuak gak tu. Kekeke!

Sampai je rumah, bebudak ni terkejut la ada ahli baru. Yang Runako nampak tak berapa nak happy memula tu, sebab aku asik pegang Yurika, haha! Selama ni dia berkepit atas perut aku kan. Pastu dia gi tolaknya Yurika suh tepi, dia nak duk atas riba aku. Jeles kemain. Haha! Tapi lelama okay, sebab suruh dia main sekali dengan Yurika, suruh sayang, suruh hug. Qaiser memang paham dah. Dia cam budak besar, dia tau tu baby girl dalam perut mami dah keluar. Huhu!

Sekarang ni bila Yurika nangis, kelam kabut dorang lari panggil mami. Suh bagi susu. Hahaha!

 Aku berurut 3 hari je. Then upload la gambar ni kat ig and fb.

 
 Pantang hari ke 7 (last day urut). Sebelum ni aku tak pernah pun buh pilis camni. Kakak yang urut tu yang letak macam ni. Tapi besttttttt woiiiii. Dia punya berangin tu, ringan kepala. Then bila dah kering pun dia jatuh seketul seketul. Dah kering tu aku terus cuci la. tapi memang lega sangat banding letak pilis asal ado. Korang boleh cuba tau. Huhu!


Pantang hari ke 5, check-up baby. Masa check-out spital. Doktor cakap Yurika telinga kanan dia tak lepas ujian. So masa check-up kuning kat spital, pergi bilik radioligist, cek lagi sekali telinga dia. Nurse cakap biasanya baby yang tak dengar tu sebab masih ada cecair dalam telinga. So bila cek balik radioligist kata okay takde masalah. Dedua dengar alhamdulillah. Sempat la dia nasihat aku, kalau anak dah setahun lebih tak boleh cakap beberapa patah perkataan, bawak jumpa doktor, jangan tunggu 2 3 tahun baru jumpa doktor. 

Terus teringat Runako. Nasib baik dah mula bercakap. Takde la risau nau.. Kita tunggu turn Yurika je la camtu. Huhu!

Aisy Yurika Binti Khairi Fizairi
Berat 3.4kg
Panjang 53cm

Moga jadi anak yang solehah sayang. I love you =)

Aug 22, 2017

PROMOSI PENCARIAN EJEN BARU SEQYBEAUTY MODAL MURAH GILA

Sempena ulang tahun perkahwinan aku dengan Qery yang ke-4 nanti. (31 Ogos 2017). Aku nak buat pengambilan agen besar-besaran. Gittew.

Ini adalah pertama kali aku turunkan harga modal untuk jadi agen, rendah serendah-rendahnya. Dah la rendah, banyak gila pulak tu nak bagi special gift dari Seqy.

Siapa yang dah tengok LIVE semalam kat page Seqybeauty maybe dah tau lah, siapa yang belum tengok lagi boleh KLIK SINI.

Kenapa korang MESTI cari pendapatan lebih dengan SEQY BEAUTY???

1. Produk  yang dijamin bahan-bahan berkualiti tinggi.
2. Semua produk lulus KKM.
3. Marketing Seqy

- Billboard di highway Utara Selatan (area Bangi), Insyaallah akan buat penambahan di beberapa lokasi.
- Iklan (artikel) di beberapa surat khabar dan majalah.
- Tutorial makup menggunakan produk Seqy dari MUA terkenal
- Review dari artis (soon)
- Video viral dari Nurhayati Tahir (under progress)
- Masuk TV Al-Hijrah Slot Saf Muslimah (30minit)

4. Stokis akan guide agen from zero to hero.
5. Pelbagai Reward menarik untuk agen-agen dari stokis (khususnya).

Kenapa WAJIB cari pendapatan sampingan?

1. Bantu diri sendiri (hutang, keperluan, kemahuan)
2. Bantu keluarga (isteri, suami, anak-anak, mak ayah, saudara mara)
3. Bantu saudara sesama Islam (sedekah)
4. Simpan untuk perkara yang tak terduga. (jatuh sakit atau kematian)
5. Pastikan ada insurans (kesihatan and etc)
6. Simpanan untuk pembelajaran anak-anak (dalam masa LIMA tahun)

Apa yang aku taip kat atas ni ekceli duit simpanan WAJIB yang kita perlu simpan. Tak banyak takpe.

Then barulah korang boleh bukak simpanan untuk travel, enjoy bla bla bla bla. Gitu. Cukup tak gaji hakiki tiap-tiap bulan tu nak menampung semua??

Tepuk dada tanya selera, gitu. Huhu!

Apa yang Seqy Beauty janjikan??

Aku taknak menipu, taknak janjikan bulan dan bintang. Tak nak cerita indah yang bisnes online ni senang. Update satu status dah jadi kaya raya. Hihi! Apa yang Seqy akan pastikan, yang stokis kami akan guide korang, ajar macam mana nak berbisnes, bagi tips dan bagi cara. Yang seterusnya ofkos korang sendiri kena usaha. Tak ada jalan yang mudah dalam dunia ni. Semua perlukan usaha. Dont worry, Insyaallah kita akan bagi semangat sesama team. Siapa rasa down, team seqy selalunya akan bagi kata-kata semangat untuk korang..

Apa yang Agen Baru akan dapat dengan modal RM250????

1. Set Skincare Rm130

2. BB Fair RM55
 
 
3. BB Natural RM55
 
 
4. XXS Lotion RM45
 
 
5. Lip Matte Calm RM25

6. Flyers (10keping)
 
 
7. Pen Seqy
 
 
8. Buku  Nota Seqy
 
 
9. Buku Resit Seqy
 
 
10. Sling Bag Seqy
 
 
11. Woven Bag Seqy
 
 
12. Kad kehalian Seqy
 
 
13. Organiser Bag Seqy
 
 
14. Tumbler Seqy
 
 
15. Ebook (diberi melalui email)
16. Free postage ke seluruh Malaysia.

Best ke Best. Huhu!

Macam mana nak register new agen??

1. Layari laman web www.seqybeauty.com.my (klik pada gambar seperti di bawah)


2. Buat pembayaran (online atau cash deposit) Rm250 ke bank account Seqy Beauty / Zuhana Noh

3. Snap gambar resit / printscreen

4. Attachkankan resit pembayaran

5. Isi borang

6. Sumbit

 HQ akan respon selewatnya 3 hari waktu bekerja.

Jom jadi agen Seqy. 

Mulakan hari anda dengan Seqy Beauty. Muah!!

Kak Sepet menanti email dari korang semua... =)

Aug 3, 2017

Sakura Mask Seqy Beauty di Kosmo

Before ni memang Seqy ada masuk surat khabar. Tapi ruangan dia kekecik je la. Hihi! Iya nak masuk surat khabar memang kos dia even artikel sekecil tapak tangan pun makan ribu-ribu jugak. Jadinya dapat masuk ruangan kecik pun syukur alhamdulillah.

Macam aku kata sebelum ni, promote diri sendiri, dengan promote produk tak sama syarat dia. Bila kita just nak perkenalkan diri sendiri, syaratnya lebih mudah. Lebih free and easy. Tapi bila promo syarikat atau produk, ada syarat yang lebih ketat. Macam pendaftaran SSM, sijil KKM, and etc. 

Jadinya, bila dapat massuk KOSMO hari weekend and full satu muka surat tu, rasa tersangatlah bangga dan rasa happy sampai terus suruh Qery frame kan. Nak sangkut kat ofis. Hihi! Excited dia lain macam tau. 

Kenapa aku pilih Sakura Mask sahaja? Aku nak fokus untuk satu produk je dulu. Sebab Sakura Mask Seqy ni memang special. Seqy adalah syarikat pertama keluarkan mask yang multifunction macam ni. Bukan setakat merawat kulit muka, tapi rawat satu kulit anggota badan. Luka, melecur, ruam, kulit kering, Insyaallah boleh baik. 

And special lagi, semua generasi boleh pakai. Dari baby sampailah ke warga emas. 


Siapa yang belum rasa keberkesanan Sakura Mask Seqy boleh cuba sekarang. RM80 sahaja.
Contact 011-21076726 atau 018-2723237. Nak COD atau nak beli kat agent terdekat pun boleh, kita akan pas kan no telefon stokis/agen/dropship berhampiran anda. =)

Aug 2, 2017

Seqy Beauty masuk TV Alhijrah

Assalamualaikum. Sebelum aku terlupa moment best ni, lebih baik aku share terus kat sini kisahnya nak masuk TV. Hihi!

Actually, aku ni seorang yang sangat pasif. Kalau tanya kawan-kawan sekolah atau kawan kolej mesti dorang setuju dan angguk tanpa berfikir, hahaha! Aku takkan masuk benda-benda yang menonjolkan diri ni. Even kalau terpaksa masuk pertandingan nyanyian sekalipun, aku hanya masuk kalau ramai-ramai. Dan tak mungkin aku akan duduk kat tengah. Mesti ambik yang tepi-tepi sebab tahap pemalu aku ni memang di tahap yang kronik. Hahaha!

Masa kat teknik, jadi ketua dorm pun aku rasa malu sangat. Malu sebab aku tak suka perhatian. Aku tak suka sebab bila kita ada aktiviti kat hostel and bila dorm kita menang. Penyampaian dorang buat kat perhimpunan sekolah. Ehhh nak naik pentas ambik hadiah malu gila kot. Aku lagi suka tak menang apa-apa cabutan bertuah ke apa sebab takyah nak kedepan. 

Lepas tu kat kolej pun. Kalau Jumaat ada presentation, hari Isnin tu aku dah macam stress kemurungan segalanya lah. Hahaha! Memang aku tak suka langsung orang pandang aku, aku nak hidup macam orang tak perasan aku pun tak pe. Bukanlah sejenis yang mengejar populariti. hashtag konon. Hahaha!

Nak masuk TV lagilah tak terfikir langsung, dan rasanya tak mungkin lah terjadi. Aku ni tak pandai nak cakap spontan sangat. Menaip boleh la fikir sejenak kan, kalau salah boleh delete. Tapi bercakap ni, lagi-lagi live. Memang lah aku takut sangat, takut tersalah cakap, takut gugup, takut blur, pastu cam semua orang pandang kau. Eiiii tak suka. 

Masa mula-mula kerja farmasi, pertama kali nak bagi ubat kat patient. Aku punya tangan sejuk gila. Muka tak tau la cemana cuak dia kan. Hahaha! Tapi kau jangan, 2 3 patient je aku cuak, lepas tu aku over sangat pulak dah. Hahaha! Seronok pulak bila bagi ubat kat pesakit sebab masa tu je la kita nak belajar and tanya feedback dari dorang. Makan ubat ni effect dia ada pening ke tak, rasa lemah ke, tak boleh itu ini ke. Masa ni lah kita dapat ilmu tambahan.

Tapi tak sama lah jugak kalau nak compare bagi ubat kat pesakit dengan nak bercakap live masuk TV. Memang takkan sama lah untuk seorang Zuhana. Hahaha!

Pertengahan bulan Julai, dapat contact dari TV Alhijrah tanya Seqy nak masuk rancangan Saf Muslimah tak. Untuk aku yang tak berapa tengok TV ni memang blur lah sikit bab-bab rancangan TV ni, haha! Tapi aku pernah dengar lah macam rancangan Assalamualaikum. Before ni memang ada orang offer masuk situ, tapi aku macam nak tak nak sebab slot tu 7 minit. And biasalah aku fikir boleh ke aku ni LIVE???? Fikir sampai kesudah memang tak masuk la memana kan. Hahaha!

So Lina explain kat aku, rancangan ni 30 minit. tapi devide dua slot. Maksudnya slot pertama cakap cakap cakap then iklan, then slot kedua kita boleh buat demo ke, atau still nak ckap-cakap pun tak kisah. Nak ke tak nak masuk. 

Terus cakap NAK. 

Pastu dalam hati, mamposssss. Hahaha! Dah tak pedulik dah. Apa nak jadi, jadilah. Kehidupan mesti diteruskan. Gitu. Oh yang 7 minit kau kemain lagi fikir sampai bertahun nak masuk. Yang 30 minit tak fikir walau sesaat, terus setuju. Melampau keyakinan kau tu. Hahaha!

Lepas tu aku difahamkan Rancangan Saf Muslimah ni lelaki tak boleh join. Ok la babaiii Qery. Iolls masuk TV dulu, u tataplah tv tu sambil cemburu ye. Hahaha!

Tapi mana mungkin aku nak masuk sorang-sorang. Kegilaan apakah kalau aku sorang-sorang. Aku tarik Fieya and Lina masuk sekali. Lantak sana, dorang pun kena gabra secara berjemaah dengan aku. Kita nebes sesama. Huhu!

Then pekerja Alhijrah bagitauu la yang Seqy akan bersiaran pada 31 hb Julai, tapi dorang akan rekod live tu 25hb Julai. Rekod live ni maksudnya dorang rekod dulu, then masa tarikh tu dorang terus mainkan. Rekod live ni jugak maksudnya bukan kau boleh cut cut, kalau tergagap ke apa just teruskan. Ini bukan penggambaran filem drama kalau salah boleh ulang pat juta kali. Kalau kau salah ke apa lantak sana. Itulah cabarannya. 

Disebabkan aku taknak gabra, aku pun malas fikir sangat. Sebab aku memang tau, aku sejenis yang gabra. Boleh jadi aku tak mampu bercakap pun ada gak. Hahaha! Malam sebelum rekod, baru aku buat revision balik. Perangai last minit tu susah ubah, sejak belajar memang gitu. Esok exam malam baru baca bulu. Otak aku bukan jenis long term tapi jenis short term. Malam tu jugak call mak paksa bangun malam solat tahajjud, haha! Bertuah punya anak. Baju pun sehari sebelum baru gi cari. Hahaha! Jangan ikut perangai ni ye.

Hari kejadian, macam yang korang tengok kat TV tu lah. Mujurlah terbukak jugak mulut aku ni. Kurang gabra sebab ditemani Fieya and Lina. Walaupun memang lah gabra, dengan tak tau nak tengok camera mana satu, kejap camera kelip kat sini, kejap kat situ. Dengan aku nak kena bercakap kang sibuk nak tengok camera, habis merapu meraban segalanya. Hahaha!

Tapi syukur Alhamdulillah, selesai jugak. Bukan senang sesuatu produk nak masuk TV. Aku nak masukkan semua produk, ada bb cream, ada sakura mask, ada pencuci muka, toner, serum, krim, losyen xxs, lip matte and so on. Semua tu sebelum masuk TV dorang akan mintak sijil KKM. Sebab kalau takde, produk kau tak boleh masuk TV. Dorang rekod awal sebab nanti dorang nak sensored kan kalau ada perkataan yang kita tersebut yang tak boleh keluar TV. Perkataan macam kurus, ramping, gemok tak boleh cakap ye jangan tak tau. Huhu!

Terima Kasih lah kepada semua yang dah tengok Rancangan Saf Muslimah haritu. Mana yang belum tengok tu, aku tengah dalam proses minta rakaman tu dari pihak Alhijrah, so nanti dah dapat aku akan upload kat youtube. Siapa yang tak sempat tengok nanti boleh search je kat Youtube tau. Dah upload aku akan war-warkan semula. 

So korang tengoklah gambar acah-acah berani aku dulu. Hihi!



pemberi semangat ketika itu walaupun tak dapat join


pengacara saf muslimah yang ohsem


Ok gais, nanti bila dah upload kata youtube aku bagitau kat sini tau. =)

Jul 19, 2017

Macam mana nak dapatkan Beauty Blender Seqy Nyummy

Ingat tak yang kita dok sok sek sok sek pergi china beli free gift untuk produk Seqy. Lamaaaa dah beli Beauty Blender ni. Cuma tunggu masa yang sesuai je nak release kan. Huhu!




HQ dah edarkan kat stokis sejak minggu lepas lagi. Jadi rasanya semua stokis dan agen Seqy dah get ready untuk bagi Free kat customer tersayangggggg....

Tapi mesti la ada syaratnya kan, hahaha!

Macam mana nak dapatkan secara free???

Follow 

Instagram : Seqybeauty
Facebook : Seqybeauty @ Seqybeauty HQ

Esok pagi-pagi kita bagitau caranya... =)