Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Aug 3, 2017

Sakura Mask Seqy Beauty di Kosmo

Before ni memang Seqy ada masuk surat khabar. Tapi ruangan dia kekecik je la. Hihi! Iya nak masuk surat khabar memang kos dia even artikel sekecil tapak tangan pun makan ribu-ribu jugak. Jadinya dapat masuk ruangan kecik pun syukur alhamdulillah.

Macam aku kata sebelum ni, promote diri sendiri, dengan promote produk tak sama syarat dia. Bila kita just nak perkenalkan diri sendiri, syaratnya lebih mudah. Lebih free and easy. Tapi bila promo syarikat atau produk, ada syarat yang lebih ketat. Macam pendaftaran SSM, sijil KKM, and etc. 

Jadinya, bila dapat massuk KOSMO hari weekend and full satu muka surat tu, rasa tersangatlah bangga dan rasa happy sampai terus suruh Qery frame kan. Nak sangkut kat ofis. Hihi! Excited dia lain macam tau. 

Kenapa aku pilih Sakura Mask sahaja? Aku nak fokus untuk satu produk je dulu. Sebab Sakura Mask Seqy ni memang special. Seqy adalah syarikat pertama keluarkan mask yang multifunction macam ni. Bukan setakat merawat kulit muka, tapi rawat satu kulit anggota badan. Luka, melecur, ruam, kulit kering, Insyaallah boleh baik. 

And special lagi, semua generasi boleh pakai. Dari baby sampailah ke warga emas. 


Siapa yang belum rasa keberkesanan Sakura Mask Seqy boleh cuba sekarang. RM80 sahaja.
Contact 011-21076726 atau 018-2723237. Nak COD atau nak beli kat agent terdekat pun boleh, kita akan pas kan no telefon stokis/agen/dropship berhampiran anda. =)

Aug 2, 2017

Seqy Beauty masuk TV Alhijrah

Assalamualaikum. Sebelum aku terlupa moment best ni, lebih baik aku share terus kat sini kisahnya nak masuk TV. Hihi!

Actually, aku ni seorang yang sangat pasif. Kalau tanya kawan-kawan sekolah atau kawan kolej mesti dorang setuju dan angguk tanpa berfikir, hahaha! Aku takkan masuk benda-benda yang menonjolkan diri ni. Even kalau terpaksa masuk pertandingan nyanyian sekalipun, aku hanya masuk kalau ramai-ramai. Dan tak mungkin aku akan duduk kat tengah. Mesti ambik yang tepi-tepi sebab tahap pemalu aku ni memang di tahap yang kronik. Hahaha!

Masa kat teknik, jadi ketua dorm pun aku rasa malu sangat. Malu sebab aku tak suka perhatian. Aku tak suka sebab bila kita ada aktiviti kat hostel and bila dorm kita menang. Penyampaian dorang buat kat perhimpunan sekolah. Ehhh nak naik pentas ambik hadiah malu gila kot. Aku lagi suka tak menang apa-apa cabutan bertuah ke apa sebab takyah nak kedepan. 

Lepas tu kat kolej pun. Kalau Jumaat ada presentation, hari Isnin tu aku dah macam stress kemurungan segalanya lah. Hahaha! Memang aku tak suka langsung orang pandang aku, aku nak hidup macam orang tak perasan aku pun tak pe. Bukanlah sejenis yang mengejar populariti. hashtag konon. Hahaha!

Nak masuk TV lagilah tak terfikir langsung, dan rasanya tak mungkin lah terjadi. Aku ni tak pandai nak cakap spontan sangat. Menaip boleh la fikir sejenak kan, kalau salah boleh delete. Tapi bercakap ni, lagi-lagi live. Memang lah aku takut sangat, takut tersalah cakap, takut gugup, takut blur, pastu cam semua orang pandang kau. Eiiii tak suka. 

Masa mula-mula kerja farmasi, pertama kali nak bagi ubat kat patient. Aku punya tangan sejuk gila. Muka tak tau la cemana cuak dia kan. Hahaha! Tapi kau jangan, 2 3 patient je aku cuak, lepas tu aku over sangat pulak dah. Hahaha! Seronok pulak bila bagi ubat kat pesakit sebab masa tu je la kita nak belajar and tanya feedback dari dorang. Makan ubat ni effect dia ada pening ke tak, rasa lemah ke, tak boleh itu ini ke. Masa ni lah kita dapat ilmu tambahan.

Tapi tak sama lah jugak kalau nak compare bagi ubat kat pesakit dengan nak bercakap live masuk TV. Memang takkan sama lah untuk seorang Zuhana. Hahaha!

Pertengahan bulan Julai, dapat contact dari TV Alhijrah tanya Seqy nak masuk rancangan Saf Muslimah tak. Untuk aku yang tak berapa tengok TV ni memang blur lah sikit bab-bab rancangan TV ni, haha! Tapi aku pernah dengar lah macam rancangan Assalamualaikum. Before ni memang ada orang offer masuk situ, tapi aku macam nak tak nak sebab slot tu 7 minit. And biasalah aku fikir boleh ke aku ni LIVE???? Fikir sampai kesudah memang tak masuk la memana kan. Hahaha!

So Lina explain kat aku, rancangan ni 30 minit. tapi devide dua slot. Maksudnya slot pertama cakap cakap cakap then iklan, then slot kedua kita boleh buat demo ke, atau still nak ckap-cakap pun tak kisah. Nak ke tak nak masuk. 

Terus cakap NAK. 

Pastu dalam hati, mamposssss. Hahaha! Dah tak pedulik dah. Apa nak jadi, jadilah. Kehidupan mesti diteruskan. Gitu. Oh yang 7 minit kau kemain lagi fikir sampai bertahun nak masuk. Yang 30 minit tak fikir walau sesaat, terus setuju. Melampau keyakinan kau tu. Hahaha!

Lepas tu aku difahamkan Rancangan Saf Muslimah ni lelaki tak boleh join. Ok la babaiii Qery. Iolls masuk TV dulu, u tataplah tv tu sambil cemburu ye. Hahaha!

Tapi mana mungkin aku nak masuk sorang-sorang. Kegilaan apakah kalau aku sorang-sorang. Aku tarik Fieya and Lina masuk sekali. Lantak sana, dorang pun kena gabra secara berjemaah dengan aku. Kita nebes sesama. Huhu!

Then pekerja Alhijrah bagitauu la yang Seqy akan bersiaran pada 31 hb Julai, tapi dorang akan rekod live tu 25hb Julai. Rekod live ni maksudnya dorang rekod dulu, then masa tarikh tu dorang terus mainkan. Rekod live ni jugak maksudnya bukan kau boleh cut cut, kalau tergagap ke apa just teruskan. Ini bukan penggambaran filem drama kalau salah boleh ulang pat juta kali. Kalau kau salah ke apa lantak sana. Itulah cabarannya. 

Disebabkan aku taknak gabra, aku pun malas fikir sangat. Sebab aku memang tau, aku sejenis yang gabra. Boleh jadi aku tak mampu bercakap pun ada gak. Hahaha! Malam sebelum rekod, baru aku buat revision balik. Perangai last minit tu susah ubah, sejak belajar memang gitu. Esok exam malam baru baca bulu. Otak aku bukan jenis long term tapi jenis short term. Malam tu jugak call mak paksa bangun malam solat tahajjud, haha! Bertuah punya anak. Baju pun sehari sebelum baru gi cari. Hahaha! Jangan ikut perangai ni ye.

Hari kejadian, macam yang korang tengok kat TV tu lah. Mujurlah terbukak jugak mulut aku ni. Kurang gabra sebab ditemani Fieya and Lina. Walaupun memang lah gabra, dengan tak tau nak tengok camera mana satu, kejap camera kelip kat sini, kejap kat situ. Dengan aku nak kena bercakap kang sibuk nak tengok camera, habis merapu meraban segalanya. Hahaha!

Tapi syukur Alhamdulillah, selesai jugak. Bukan senang sesuatu produk nak masuk TV. Aku nak masukkan semua produk, ada bb cream, ada sakura mask, ada pencuci muka, toner, serum, krim, losyen xxs, lip matte and so on. Semua tu sebelum masuk TV dorang akan mintak sijil KKM. Sebab kalau takde, produk kau tak boleh masuk TV. Dorang rekod awal sebab nanti dorang nak sensored kan kalau ada perkataan yang kita tersebut yang tak boleh keluar TV. Perkataan macam kurus, ramping, gemok tak boleh cakap ye jangan tak tau. Huhu!

Terima Kasih lah kepada semua yang dah tengok Rancangan Saf Muslimah haritu. Mana yang belum tengok tu, aku tengah dalam proses minta rakaman tu dari pihak Alhijrah, so nanti dah dapat aku akan upload kat youtube. Siapa yang tak sempat tengok nanti boleh search je kat Youtube tau. Dah upload aku akan war-warkan semula. 

So korang tengoklah gambar acah-acah berani aku dulu. Hihi!



pemberi semangat ketika itu walaupun tak dapat join


pengacara saf muslimah yang ohsem


Ok gais, nanti bila dah upload kata youtube aku bagitau kat sini tau. =)