Jalan-jalan Port Dickson

Sebenarnya aku kalau boleh taknak dah pergi aktiviti luar (bersama anak) dalam waktu terdekat. Sebab bulan March kitorang anak beranak asik berjemur je. Habis gelap anak aku. Hahaha! Aku dengan Qery pakai BB Cream, then takde la muka gelap. Tapi anak-anak tak pakai apa-apa cream. Apa la mak dia pun, sibuk kulit muka sendiri je, hahaha!

Anak-anak aku semua kulit dah berbelang termasuklah Yurika. Itulah konon-konon takmo buat aktiviti tengah panas sebab kesian kat dorang tu. Tapi kat KL ni nak pergi mall waktu weekend pikir patjuta kali. Dah la nak cari parking bercinta, nak cari port makan pun satu hal jugak. Aku dah la menyusu badan. Kang nak berkejor cari toilet pun boleh ketibas (ketiak basah). Nak naik turun tingkat menunggu lif pun hazabedah. Dilema la kakak camni. 

Kang tak bawak dorang jalan-jalan pun tak best jugak. Apalah erti weekend kalau tak jalan-jalan. Gitu prinsip seorang Zuhana. Hahahaha! Ehhh, saya dah duduk rumah 5 hari, saya nak keluar la weekend. Walaupun selalunya Sabtu suami saya sekolah separuh hari, saya sanggup tunggu dia balik rumah, siapkan anak-anak pakai baju cantik. Dia balik terus saya boleh keluar. Biarlah dia tak mandi, pedulik hape. Hahaha. Psycho sungguh dapat bini camni.

Tapi yang bestnya, Qery ni kalau ajak jalan dia OK je. Sebab dia kalau duduk rumah pun lemau. Lemau sungguh weh. Aku rasa kalau dia jadi suri rumah, tak yah cakap sehari, baru sejam boleh mereput. hahahaha! Dulu masa takde anak takde la camtu. Aktif. Haih tak tau la aktif apa kan. Herherher...Pftttttttt....

Sejak ada anak ni, lemau dia kemain. Masuk rumah terus baring. Tapi dia ada la rajinnya. Bila dia nak main bola ke, atau main futsal ke, atau nak tengok wayang ke. Rajin dia so ahmahzinggg uolls... Tetiba kakak tengok botol susu anak semua dah cuci, air masak penuh dalam peti ais, baju kat atas semua dah bersusun, makanan kakak pun kadang dia beli sampai stok 2 3 hari. Oleh yang demikian. Kakak suka je bila dia nak main bole ke, main futsal ke, atau tengok wayang je. Sebab dia akan automatik menjadi rajin yang tak berbelah bahagi darab sebagainya. 

Berbalik kepada cerita nak keluar jenjalan tadi ye. Banyak mukadimah aku ni. Belum pendahuluan pun lagi sebenarnya. Kalau beli buku makna kata korang baru baca kulit depan buku je. Hahahaha!

So pagi hari apa aku tak ingat, Sabtu atau Ahad. Rasanya Sabtu lepas.. Ingat nak singgah mamak sarapan. Mamak pulak penuh, eh orang Malaysia ni semua keturunan aku jugak. Cuti je cari mamak. Tapi aku bijak. Pagi-pagi tadi dah jamu suami dan anak-anak dengan cekodok. Tepuk tangan sikitttttt.....

Bukan benda biasa-biasa kalau Sepet masak. Walaupun cekodok, tapi ianya penuh dengan kasih sayang. Dah la masak cekodok, sedap pulak tu. Pandai aku jaga hati sendiri.

So takpe lah mamak, next week lah kita jumpa. Bagi cadangan kat Qery, pergi PD terus. Bebudak ni dalam kereta memang bawak baju spare sentiasa. Lagipun dah lamaaaaaaa tak bawak dorang main pasir. Lama sangat-sangat. Masa Yurika belum lahir kot. Pastu sebenarnya aku pun tak berapa gemor sangat pergi pantai. Bukan tak suka, tapi sebab mengenangkan nak tukar baju anak-anak, berlemoihhh berpasir. Aku kan kekwat. Kalau diri sendiri je pergi memang lah suka. Sangat selfish mak dia pun. Kekekeke!

Kitorang sampai sana, cuaca redup sebab baru lepas hujan. Memang sangat elok la. Parking pun senang, yela dah kata pun baru lepas hujan. Mana ada orang sangat. Sampai pantai beli dulu topi Yurika. 

 Panas kot terbakar kulit, eh nanti lah beli sunblock anak. 

 
Lepas tu Qaiser dengan Runako sibuk nak beli spek mata. Kemahinnnn anak bujang sistur. Memang mengikut paknya. 

Aku pakai kasut tinggi ye pergi pantai. Kau mampu? 

Haih, mana la tau nak pergi pantai. Maafkanlah saya wahai mata-mata yang memandang pelik. Pompuan ni spesis apa, agaknya atas air laut pun pakai kasut tinggi beliau boleh terapung. Gitu bercakap kekakaks tepi pantai di dalam hati. Ekekekeke. Mak pasrah diumpat. Mak memang nak bagi jahanam kasut ni, boleh beli baru. Hashtag konon. Padahal sampai sekarang masih sarung kasut yang sama walaupun dalam almari bersusun kasut. Eceh, nak bagitau kasut banyak lettew, haha!

Masa anak dah berlari-lari, aku kan bijak. Aku suruh Qery je kontrol. Aku bawak Yurika jenjalan. 

Aku memang sado, korang jangan risau tau kenapa aku boleh dukung seketul Yurika tu lek lek je. Aku memang dilahirkan mempunyai lengan ajaib. Hahahaha! Dulu abah kita jual perabot awak, kita memang biasa angkat almari meja berat. Lepas tu awak, kita dari kecik kerja sambilan jaga anak buah. Kiri kanan kita dukung. Malahan, kita boleh dukung Yurika guna satu jari je, tapi risau kena kecam pulak (ok itu sis mentipu)



 

Paling best bila bebudak ni pertama kali tengok ketam kekecik tu berlari. Ok la benonya aku la paling excited. Lama awak kita tak tengok pantai. Dulu last tengok ketam berlari berkejaran masa kecik, arwah abah bawak pergi bagan lalang. Sekarang ni bawak anak pulak, excited lah lagi sekali. Itu yang tetiba jadi mami ketam tu. Dah kenapa pulak kan..

Sebabkan air laut tu masin, jadi bebudak ni pun kekwat cam mak dia. Hahaha! Takde lah. Dorang tak biasa. Selalu pergi pool air biasa, ini tetiba masin. Qaiser ok sebab dia memang redah je. Runako ni tetiba jadi penggeli. Main kat tepi-tepi acah-acah beach boy kulit dah asian. Tapi bila air masuk mulut terus hilang mood dia. Hahaha! Pape lah nak. Yang penting daddy awak yang tukarkan baju. Aku masuk dalam kereta pasang aircond kuat-kuat. Biar Qery yang setel anak dia. 

Orang kata, rejeki la dapat suami boleh handle anak. Iya la kakak memang bersyukur banyak sangat. Sebab tu befday kakak tak mintak apa-apa, cuma permintaan nak sambut luar negara je. 🙊🙊🙊

Ha nah tengok lah gambar, memang saat ini yang korang ternanti-nanti kannnnnn... Ya Allah syukur Zuhana habis bebel dah... haha!

   
Muka tuan tanah pembuka bicara.... 😝

 Walaupun kening scary, tapi tetap saya feeling. Qery kata haritu aku adalah Ustazah. Well, saya memang ustazah tahap master google. So saya terima je pujian tu.

 

















Sekian sahaja cerita PD, nanti kita cerita lain lagi. Banyak nak update kat blog. Moga ada orang baca, hahaha! 

Comments